TAK SANGKA , 8 KES JENAYAH PALING GAGAL DI  MALAYSIA,  NO 7 TU YANG LUCU SEKALI..

TAK SANGKA , 8 KES JENAYAH PALING GAGAL DI  MALAYSIA,  NO 7 TU YANG LUCU SEKALI..

Sebagai rakyat Malaysia, tak pelik untuk kita beli padlock extra untuk pastikan pintu rumah betul-betul dikunci. Kalau tak cukup, ada yang siap upah pak guard dan bela anjing letak depan pagar (ni biasanya orang kaya-kaya jela mampu). Mana taknya, kes jenayah di Malaysia ni boleh tahan tinggi jugak, nak lagi tahun lepas apabila indeks jenayah telah naik 4.6% terutama sekali di kawasan perumahan.

Tapi percaya atau tidak, ada juga penjenayah yang kantoi  kerana tindakan bodoh mereka sendiri. Jadi kat sini kami telah kumpul 8 kisah jenayah yang paling kelakar kat Malaysia…

1. Mamat ni menyamar jadi polis…. kat dalam balai polis!

Gambar dari The Star.

Kalau sengaja nak buat kacau atau prank tu biasalah, semua orang pernah buat tapi ada beberapa insan yang tak boleh bezakan prank biasa dengan kesalahan serius. Tahun lepas ada sorang mamat berumur 22 tahun telah menyamar sebagai seorang anggota polis dan telah masuk ke Balai Polis Nusa Bestari, Johor.

Setibanya kat balai tersebut, dia telah memperkenalkan dirinya sebagai Timbalan Superintendent untuk Bahagian Penyiasatan Jenayah. Anggota polis kat balai tu telah minta kad pengenalan polis sebagai pengesahan tapi mamat tersebut telah membuat alasan dan pergi ke tandas (baru sedar tindakan tu bodoh agaknya kot).

Lepas keluar dari tandas, mamat tu terus cuba nak keluar dari balai. Anggota polis yang jaga balai tu pun mula mengesyaki dan telah memberkas penyamar tersebut. masa melakukan pemeriksaan badan, pihak polis telah menjumpai sepasang gari, dua handphone, baton besi, kunci kereta, dan sticker yang menyerupai lambang polis diraja.

“Ko ni dah kenapa?” Gambar dari memegenerator.net

Apa yang membingungkan kami adalah, kalau dia berjaya menipu pun, lepas tu nak buat apa?

Apa yang kami tau adalah menyamar sebagai seorang penjawat awam merupakan satu kesalahan Kalau didapati bersalah, suspek boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda (jumlah tak didedahkan). Yang kelakarnya ini bukannya satu insiden berasingan, malah sudah terdapat beberapa kes telah dilaporkan.

2. Kereta pencuri ni tak muat nak sumbat semua duit

Gambar dari tenor.co

Pada tahun 2008, dua orang perompak cuba merompak RM4.5 juta dari sebuah van keselamatan. Agaknya banyak sangat pengaruh dari movie Hollywood kot, masa mula-mula tu mereka agak hebat jugalah sebab telah mengenal pasti jadual van sasaran dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap pengawal keselamatan.

Bila tiba masa untuk menjalankan operasi, sorang pergi curi kereta manakala sorang lagi pergi rampas van sekutiri. Dorang berdua kemudiannya melarikan diri dengan kereta curi dan van sekuriti tersebut.

Tapi apa yang dorang lupa nak bajet adalah sewaktu mengalihkan hasil rompakan daripada van ke kereta, baru dorang sedar yang kereta curi tu tak muat nak sumbat semua hasil rompakan. Akhirnya dorang hanya ambil sebahagian je dan tinggalkan van sekuriti tu.

Ketua polis daerah, Shakaruddin Che Mood, berkata:
“Beg duit ni boleh tahan besar, saya anggap mereka ni bodoh jugalah, mereka plan tak habis” interview dengan agensi berita Dan kalau korang google, bersepah-sepah berita luar negara tulis pasal insiden ini. Tapi seluas mana berita ni pergi pun, kami masih tak jumpa berita atau laporan mengenai perompak tersebut berjaya ditangkap atau pun tidak.

3. Perompak yang kena serang dengan jimbalang..

Gambar original dari The Star.

Cuba bayangkan korang baru balik dari cuti, masa nak masuk rumah ada sorang pencuri sedang terbaring atas lantai sambil minta maaf kat korang. Itu lah apa yang terjadi kat satu pasangan ni. Menurut pencuri tu, dia telah diikat oleh satu jembalang dan tak boleh bergerak atau menjerit selama 3 hari berturut-turut!

Memandangkan mamat tu kelihatan dalam keadaan penat dan insaf, agaknya betul lah kot dia kena kacau dengan jembalang. Tapi benda-benda macam ni tak asing di kalangan orang Melayu, antara kisah yang kami pernah dengar adalah kalau ada perompak masuk dia akan berhalusinasi dan kononnya akan menghalangnya daripada merompak.

Kami ada tanya kawan kami kat dorang pun ada kepercayaan macam tu jugak ke? UiHua (penulis CILISOS) berkata apa yang dia tau, mengikut kepercayaan tradisional Cina ada satu dewa yang bertanggungjawab menjaga keharmonian sesebuah keluarga, tapi takde la secara spesifik samada daripada perompal ke apa.

Buat orang Islam, kami jumpa satu video dari arwah Haron Din tentang bacaan doa untuk melindungi daripada kecurian.

4. Perompak yang ‘dirompak’ oleh mangsanya

Gambar dari hype.my

Peribahasa ‘malang tak berbau’ merupakan satu istilah yang terbaik untuk kisah ni, yang kelakarnya bukan mangsa yang malang tapi si pencuri tersebut! Ia bermula apabila seorang wanita telah menjadi mangsa apabila beg tangannya dicuri sewaktu sedang makan kat sebuah cafe. Tapi time kena curi tu, kawan mangsa berjaya ambil beg pencuri tersebut.

Lepas kena curi mangsa telah pergi ke balai polis dan masa tengah buat laporan tu, pencuri tersebut telah menghubungi mangsa dan meminta untuk buat pertukaran beg. Tapi pencuri tu minta pertukaran dilakukan secara ‘senyap-senyap’ (takyah bagitau polis).

Ingat akak tu nak dengar cakap? Dah kat balai polis kot, jadi mangsa tu pun bersetuju bertemankan polis tanpa pengetahuan pencuri. Sewaktu perjumpaan tersebut, pencuri tu telah datang dengan bini dan dua orang anaknya. Mungkin dia nak menggunakan ‘elemen keluarga’ untuk meraih simpati tapi ini tak menghalang pihak polis daripada menahan pencuri tersebut.

Gambar dari memegenaror.net

Mengikut undang-undang sivil Malaysia, kes kecurian dalam  boleh membawa kepada hukuman penjara sampai 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Kali ni kesalahan kali kedua atau lebih, berkemungkinan suspek boleh kena hukuman sebat.

5. Gang pencuri yang cuba rembat lembu guna kereta Proton Wira

Secara jujurnya, kami kagum macam mana dia boleh sumbat lembu dalam kereta Wira. Gambar dari Says.com

Ni dah kali kedua kami terjumpa kisah perompak silap pilih kenderaan untuk ‘beroperasi’. Pada tahun 2014,dua orang perompak telah tinggalkan kereta Proton Wira mereka selepas kenderaan tersebut gagal berfungsi. Apa yang lebih mengejutkan, kenderaan tersebut telah di-modify untuk sumbat empat ekor lembu.

Kisah gelap dua orang perompak ini bermula apabila mereka sedang melarikan dari tempat kejadian dengan menggunakan highway Butterworth-Kulim Express. Dan kat situ mereka telah menarik perhatian orang ramai. Yelah kalau nampak lembu dalam kereta Wira dah tentu korang pun akan pandang lama-lama jugak.

Jadi untuk mengelakkan perasaan awkward, perompak tersebut telah memecut dan menyebabkan kereta tersebut rosak. Mana taknya kalau dah sumbat kereta tu dengan empat ekor lembu, memang jahanam lah.

Tapi kan korang jangan pelik kalau kes macam ni selalu terjadi. Rupa-rupanya, operasi merembat lembu ni merupakan fenomena yang normal kerana habuannya yang besar. Malah kat Port Dickson, pihak polis berjaya menumpaskan sindiket besar pencurian lembu. Benda ni bukan ada kat negara kita je, kat Amerika pun masalah curi lembu besar gila sampai melibatkan komuniti dan industri ternakan.

6. Curi minyak guna lighter

Ingat ye, minyak dengan api kalau bercampur jadinya maut.

Yang ni merupakan satu contoh terbaik untuk sesiapa yang ada adik, anak, atau kenalan yang degil tak nak fokus kat dalam kelas. Kisahnya bermula jam 4 pagi pada tahun 2014, ada sekumpulan budak-budak dalam lingkungan umur 14-18 tahun dari Georgetown telah cuba mencuri minyak motor. Tapi apa yang terjadi adalah kehancuran 9 motor lain akibat kebakaran.

Rupa-rupanya time tengah nak curi miyak, budak-budak tu telah menggunakan lighter sebagai ‘lampu suluh’ untuk tengok dalam gelap. Dan seperti yang disangkakan, minyak motor tersebut terbakar dan merebak ke motor lain. Nasib baik salah sorang suspek tu telah ditangkap oleh penduduk setempat yang kemudiannya diberi kepada pihak polis.

Biasanya kes macam ni budak-budak tersebut akan dihantar ke Pusat Juvana dimana mereka mungkin kena jalani kerja kebajikan atau dimasukkan ke penjara/Sekolah Henry Gurney berpandukan tahap kesalahan mereka.

Jadi pengajarannya? Jangan ponteng kelas, ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa dan masa depan anda.

7. Pencuri yang tidur kat rumah mangsa

Agaknya mamat kat dalam gambar ni inspirasi mereka kot. Gambar dari video Youtube Local 12.

Kami bukannya pencuri tapi kalau kami terjurumus ke arah tu, berkemungkinan besar kami akan cabut lari lepas ambil semua barang… ke tak? Di Johor ada dua orang pencuri telah buat yang sebaliknya. Mereka telah geledah peti ais rumah mangsa dan makan-makanan mangsa, tapi mereka betul-betul mencuba nasib apabila ambil keputusan untuk tidur kat bilik mangsa. Rileks habis pencuri-pencuri ni.

Tapi nasib tak menyebelahi mereka kali ini sebab tuan rumah telah balik sewaktu mereka tengah tidur kat dalam bilik. Memang kena tangkap dengan polislah lepas tu.

8. Cuba nak rompak bank tapi bank meletup

Tempat kejadian, gambar dari The Star.

Yang ni bukannya pengganas Daesh atau pun Al-Qaeda, tapi hanya perompak biasa yang salah bajet ketika guna bom buatan sendiri. Pada tahun 2014, sekumpulan perompak cuba nak buka mesin ATM menggunakan bom buatan sendiri tapi entah macam mana telah meletupkan bank tu terus.

Letupan tu kuat gila sampaikan geng perompak tu sendiri terkejut dan ambil keputusan untuk cabut, yang kelakarnya ATM tu rosak sikit je dan tak terbuka pun. Sewaktu melarikan diri, perompak-perompak tersebut telah tinggalkan bom dan handphone dimana pihak polis telah matikan sebelum sempat buat kerosakan lebih atau kematian.

Mungkin korang tertanya-tanya mana datangnya bom kat Malaysia ni? Sebenarnya nak buat bom buatan sendiri ni takde lah susah mana. Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan arang dan sulfur dimana bahan-bahan ni boleh didapati kat mana-mana shopping mall. Cuma bahan yang paling susah nak dapat adalah potassium nitrate tapi kalau korang betul dalam bajet boleh je guna pelentur, taik lembu, atau pun taik korang sendiri.

Nak jadi penjenayah ni bukannya senang, baik cari kerja halal

Sumber : orangkita.co

Kepada Yang Kerap Makan Makanan Manis, 8 Tanda Ini Menunjukkan Anda Sebenarnya Sudah Mempunyai  Gula Yang Berlebihan Di Badan Anda.

Kepada Yang Kerap Makan Makanan Manis, 8 Tanda Ini Menunjukkan Anda Sebenarnya Sudah Mempunyai  Gula Yang Berlebihan Di Badan Anda.

Makanan manis atau pun makanan bergula memang digemari ramai. Sebut sahaja ais kacang, kek cawan, coklat dan pelbagai lagi makanan manis lain, pasti ada peminatnya yang tersendiri. Walaupun kami pasti ramai yang sudah sedia maklum mengenai bahaya makanan bergula, tetapi tak ramai yang mampu menolak godaan untuk menikmatinya.

Kadang-kadang, disebabkan sudah biasa menikmati benda manis, kita jadi lupa sejauh mana kekerapan kita mengambil makanan yang manis-manis ini. Tahu-tahu, kita dah pun disahkan menjadi salah seorang daripada penghidap penyakit kencing manis di Malaysia. Takutnya.

Sebenarnya kalau anda nak tahu, badan anda sudah pun memberikan isyarat kepada anda jika sistem mengesan pengambilan gula secara berlebihan. Cuma anda sahaja yang tidak perasan.

Ini dia, tanda-tanda anda sudah terlebih gula. Semoga bermanfaat.

1. Sering Sakit Otot Dan Sendi

Jika anda kerap merasa sakit otot dan sendi walaupun tidak melakukan kerja berat, ia mungkin petanda badan anda cuba memberi isyarat bahawa berlaku keradangan di dalam badan akibat gula berlebihan.

Jumlah gula yang tinggi membuatkan sel imun menghantar isyarat kepada darah untuk memecahkan advanced glycation end-product, atau protein yang terikat dengan molekul glukos. Semakin banyak gula dalam badan, semakin banyak advanced glyticon end-product muncul, dan semakin kerap isyarat keradangan dihantar untuk memecahkan ikatan protein tersebut.

Antara kesan-kesan peningkatan penghantaran isyarat ini adalah seperti penyakit arthritis, katarak, sakit jantung dan ingatan tidak kuat.

2. Ketagih Rasa Manis

Gula di dalam badan dihadam dengan sangat pantas, membuatkan anda cepat merasa lapar walaupun anda sebenarnya baru sahaja menikmati makanan manis. Malah, sugar juga boleh melepaskan hormon dopamine dalam badan, satu sensasi ketagih, sama seperti yang dialami oleh mereka yang mengambil dadah.

Neutransmitter dopamine dilepaskan oleh neuron di dalam sistem sebagai ‘hadiah’ kerana keinginan dipenuhi. Hormon ini pada asalnya berfungsi untuk tujuan yang baik iaitu untuk membuatkan kita sentiasa berada dalam mood yang baik.

Namun yang menjadi masalahnya apabila anda kerap mengambil makanan manis, otak anda menerima isyarat bahawa gula dan manis adalah satu ‘hadiah’, dan semakin banyak anda menikmati makanan manis, semakin kerap badan anda ketagih dengan sensasi gula itu.

Satu lagi, makanan bergula tidak membuatkan anda kenyang walaupun diambil dalam kuantiti banyak kerana ia tidak mengandungi nutrisi yang berguna.

3. Tenaga Tidak Menentu

Ada kalanya anda merasa sangat bertenga, kemudian merasa amat lesu. Glukos bertanggungjawab dalam sistem badan untuk membekalkan tenaga, jadi ia amat penting untuk anda memastikan jumlah gula dalam badan diparas yang sepatutnya.

Kecelaruan pada paras gula ini boleh menyebabkan tenaga anda menjadi seperti yo-yo. Sekejap bertenaga, sekejap tidak bertenaga.

Apa yang terjadi apabila anda memakan makanan manis,  pankres akan melepaskan insulin di dalam badan untuk membantu membawa glukos ke seluruh badan, membuatkan anda merasa bertenaga. Apabila anda tidak menikmati makanan manis, badan anda menjadi lesu kerana glukos tiada untuk dibawa, manakala badan anda menginginkan gula lagi.

Jadi, bagi mengekalkan paras normal gula dalam badan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan glukos daripada makanan berkhasiat yang mengandungi protein dan lemak sihat. Pastikan badan anda mendapat gula ‘sebenar’ daripada makanan yang sihat.

4. Kulit Bermasalah

Makanan yang mengandungi gula akan membuatkan insulin bertindak balas dan memulakan proses glycation, atau mengikat gula menjadi molekul protein. Sebaik sahaja glukos memasuki darah, ia akan melancarkan operasi psikologikal yang rumit yang mungkin berakhir dengan keradangan ataupun masalah pada kulit.

Ini bermakna gula berlebihan di dalam badan mempunyai kaitan dengan masalah-masalah yang berlaku pada kulit anda seperti jerawat. Jika anda sudah pun mencuba pelbagai rawatan kulit namun masalah tidak juga selesai, anda mungkin perlu memikirkan semula tabiat pemakanan anda.

5. Berat Bertambah

Makan makanan manis dalam kuantiti yang banyak menyebabkan pankreas menghasilkan insuli secara berlebihan, hasilnya lemak berlebihan yang diproses akan disimpan di perut berbanding di bahagian lain.

6. Masalah Gigi

Gula sememangnya mempunyai kesan yang sangat buruk kepada gigi anda misalnya kaviti dan gigi reput. Namun bukanlah salah gula semata-mata. Yang membuatkan gigi anda rosak, reput, sakit dan sebagainya adalah kerana anda gagal untuk membersihkan gigi anda selepas makan makanan manis.

Sisa-sisa yang terlekat pada gigi jika mendatangkan kesakitan, itu tandanya anda kerap makan manis tapi malas nak bersihkan gigi.

7. Badan Bertoleransi Dengan Gula

Pernah tak ada orang beritahu minuman anda sangat manis, tapi bila anda rasa, anda kata biasa-biasa sahaja. Tak manis sangat pun. Keadaan ini berlaku sebenarnya apabila anda kerap menikmati juadah manis, badan anda bertolak ansur dan cuba menyesuaikan deria rasa anda dengan tahap kemanisan yang anda sering nikmati.

Bila ini terjadi, anda sebenarnya tidak merasa puas apabila menikmati makanan yang kurang rasa manis seperti buah-buahan dan buah berri kerana tahap kemanisan itu tidak sama dengan yang biasa lidah anda rasa.

8. Mudah Demam Dan Sejuk

Gula berlebihan di dalam badan akan menghalang sistem imun anda untuk menyerang bakteria apabila anda sakit. Vitamin C yang diperlukan badan untuk membolehkan sistem imun menyerang bakteria mirip dengan struktur kimia glukos. Berbanding mencari dan bekerja dengan Vitamin C, sistem imun anda menjadi keliru dan mengambil glukos yang sebenarnyan ‘lembik’ untuk bertarung dengan bakteria.

Jadi, berbanding bertarung dan memenangi ‘perang’ dengan bakteria, sistem imun anda sebenarnya mengalami kekalahan teruk. Jadi, anda kerap mendapat penyakit.

Sumber : siakapkeli

Kawan Sehidup dan Semati. Kisah Menyayat Hati Antara Dua Sahabat , Si Monyet dan Si Itik.

Kawan Sehidup dan Semati. Kisah Menyayat Hati Antara Dua Sahabat , Si Monyet dan Si Itik.

Alahai.. sedih nya bila kami dapat kisah dari kiriman inbox malam tadi bila seorang individu ni share dengan kami tentang kisah dua haiwan yang monyet dan itik yang berkawan baik dari kecil tapi akhirnya mati pun bersama.

Kisah menyayat hati ni telah mendapat sebanyak lebih 17,000 shares di Facebook. Paling nak menangis bila tengok tuan kepada haiwan-haiwan ni menangis di samping monyet dan itik kesayangannya tu.

Kawan baik dari kecil, mati bersama

Kisah tragik ni bermula apabila seekor monyet ni tengah bermain dan terpegang wayar yang berkuasa elektrik. Monyet itu menjerit dan sahabatnya, itik datang untuk tolong tapi akhirnya itik itu pun terkena sekali kejutan elektrik itu.

Screen Shot 2015-10-01 at 2.29.19 AM

Haihh menitis mata air kami bila baca. Sedangkan haiwan pun punyai sifat kasih sayang dan ambil berat antara satu sama lain. Kenapa tidak manusia? *lap air mata

Sumber : ohbulan.com

KISAH ASAL USUL GANGSTER MALAYSIA DAN DI MANA MEREKA SEKARANG.

KISAH ASAL USUL GANGSTER MALAYSIA DAN DI MANA MEREKA SEKARANG.

Korang mesti pernah tengok filem-filem gangster macam Goodfellas, The Godfather, atau filem tempatan macam KL Gangster atau Hantu Gangster. Filem-filem gangster tempatan biasanya berkisarkan tentang macam mana mereka ni boleh terjebak dalam dunia gangster, dan untuk teruskan kehidupan di dunia yang serba mencabar ni. Filem-filem macam ni sebenarnya adalah adaptasi daripada cerita kehidupan sebenar gangster, yang dijadikan inspirasi oleh para pengarah filem.

Antara filem Malaysia yang tak kurang hebatnya satu masa dulu. Imej dari imdb

Baru-baru ni, seramai 36 orang gangster daripada Gang 04 ditahan PDRM dan didakwa atas beberapa kesalahan jenayah seperti pembunuhan, serangan, rompakan dan pengedaran dadah. Pada tahun 2013, polis pernah menembak mati seramai lima orang gangster daripada Gang 04 di Pulau Pinang, dan mereka yang terbunuh didakwa terlibat dalam beberapa kejadian tembak-menembak di negeri tersebut.

Kalau korang tak pernah dengar pasal Geng 04 yang kitorang ceritakan ni, cuba korang ingat balik pasal satu pembunuhan seorang ahli perniagaan wanita, Datin Reynce Wong. Mangsa ditembak mati oleh ahli Geng 04di Taman OUG, Jalan Klang Lama pada Julai 2016. Anak perempuannya yang berumur 8 tahun turut ditembak dalam insiden tersebut.

Kami ada la cari lagi pasal sejarah Geng 04 ni, dan korang mesti tak sangka dari mana mereka ni muncul…

Kumpulan gengster di Malaysia dulunya dikendalikan oleh taiko Cina sebelum diambil alih oleh Geng India

Gang 04 sebenarnya bermula di Bentong, Pahang pada tahun 1980-an oleh seorang ahli pertubuhan kongsi gelap Cina yang bernama Wah Kee. Kumpulan kongsi gelap ni pada mulanya berkecimpung dalam beberapa jenayah macam meminta wang perlindungan dan juga pergaduhan perebutan kawasan. Tapi bila ahli kumpulan India ni ambil alih, mereka pun mulalah mengembangkan lagi aktiviti jenayah yang lebih serius macam pembunuhan, pengedaran dadah, pemilikan senjata, dan sebagainya.

Selain Geng 04, ada beberapa kumpulan kongsi gelap lain seperti Gang 08, 18 dan 36 yang dikendalikan oleh ahli kongsi gelap berbangsa India. Tapi korang tahu tak sebenarnya, mereka ni berasal daripada kongsi gelap Cina? Mereka ni sebenarnya adalah sebuah kumpulan jenayah terancang, lebih kurang macam mafia Cina. Tapi kongsi gelap Cina dah wujud sejak sebelum kemerdekaan lagi. Malah, ada dua siri pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap ni di Larut, Perak pada tahun 1861 – korang boleh baca kat sini untuk recap balik sejarah tu.

Perang Larut seperti yang digambarkan. Imej dari xaanaax.blogspot.com

Tapi persoalannya sekarang, macam mana geng yang satu masa dulu penuh dengan orang Cina boleh bertukar kepada India pula? Dan bila perkara ni berlaku?

Geng berbangsa India bermula dengan membantu geng Cina ni menjalankan aktiviti haram pada 90-an. Mereka bertindak sebagai pengawal peribadi atau penjaga sebelum diterima masuk ke dalam geng tersebut, dan perlahan-lahan ‘naik pangkat’ jadi ketua. 70% daripada ahli kongsi gelap yang beroperasi di Malaysia hari ini adalah orang India, manakala bilangan orang Cina yang terlibat adalah sekitar 25%.

Sin Chew Daily juga melaporkan yang kebanyakan ahli kongsi gelap Cina sekarang mengusahakan ‘perniagaan yang sah’, contohnya seperti pelaburan hartanah. Mereka ni lebih kepada ‘silent partners’ di mana hasil keuntungan daripada perniagaan sah ni digunakan untuk  membiayai kegiatan haram yang menyalahi undang-undang!

Malah, PDRM juga dah mengenalpasti beberapa orang VIP dengan gelaran Datuk dan Datuk Seri yang menyalurkan kewangan untuk geng ni, contohhya seperti seorang Datuk Seri yang berusia 50-an yang sebenarnya merupakan ketua Geng 24 di Pulau Pinang.

Malangnya di Malaysia, bangsa India selalunya distereotypekan sebagai gangster. Salah satu sebabnya adalah kaum India selalu ditahan polis. Perkara ni menimbulkan rasa tak puas hati bangsa tersebut, jadi ada beberapa tuduhan dilemparkan terhadap pihak polis. Salah seorangnya adalah Ketua Pemuda MIC yang membantah keputusan PDRM yang mensasarkan golongan belia India, melalui beberapa dokumen polis yang ‘dibocorkan’.

“Perlu ke untuk mengklasifikasikannya dengan kaum? Polis mesti jelaskan kenapa mereka mensasarkan golongan muda India dalam Ops Cantas Khas 2 terkini.” – Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran dalam satu kenyataan di Malaysian Times.

Korang nak tahu lebih lanjut lagi kenapa ramai sangat gangster India ni? Korang boleh baca kat sini.

“Mereka ni bukanlah samseng biasa kerana mereka tak diurus seperti kongsi gelap pada hari ini, jadi mereka disebut sebagai ‘kumpulan samseng ganas’ – Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, dari Malay Mail Online.

Geng 04 diperluaskan ke KL, semuanya berpunca dari Bentong Kali

Korang mesti pernah dengar nama Bentong Kali (aka P. Kalimuthu), kan? Dia adalah antara gangster paling femesss di Malaysia, dan terbabit dalam 17 pembunuhan, yang kebanyakannya dilakukan untuk keseronokan je. Dia ni juga memang terkenal dengan sifat panas barannya dan suka mengamuk tak tentu pasal.

Sebab tu lah ramai orang yang tak bersalah terbunuh ditembak dengan pistol jenis Sig Sauer P226 semi-automatik buatan Jerman miliknya. Bayangkanlah, ada satu hari tu dia main redah je ke sebuah parti hari jadi dan menembak tetamu yang ada secara rawak, dan menyebabkan empat orang daripada mereka terbunuh.

Bentong Kali dilahirkan di Bentong dan dilatih oleh kumpulan kongsi gelap Wah Kee, atau Geng 04 sendiri seawal umur 14 tahun! Masa zaman remajanya lagi, dia diberi kepercayaan dengan beberapa ‘tugasan luar’ oleh geng tu, yang menyebabkan dia beberapa kali ditangkap. Masa dia keluar penjara sewaktu berumur 20 tahun, dia sertai pulak Geng 08 yang berpangkalan di KL dan seterusnya menaikkan namanya sebagai gangster besar KL.

Bentongkali. Kalau nama dia Asyraf mesti nama dia Acapkali. Imej dari wikipedia

Disebabkan Bentong Kali rasa dia dah lama berkecimpung dalam dunia gangster ni, dia pun kemudiannya buka satu lagi ‘cawangan baru’ daripada geng sedia ada, dan memanggilnya ‘Geng 04 Jalan Klang Lama’ (cawangan baru betul ni).

Tapi, bukan Geng 04 je yang ada beberapa cawangan yang muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan ni. Sin Chew Daily melaporkan, ada beberapa kumpulan gangster lain macam Geng 08, 36 (dan macam-macam nombor lagi) ada ‘cawangan’ tersendiri di seluruh negara.  Walaupun mempunyai nama yang sama, tapi Geng 04 di Pulau Pinang dikendalikan oleh ketua yang berbeza dengan kumpulan di KL, dan tak begitu bergantung sesama sendiri.

“Terdapat lebih daripada seratus kumpulan kongsi gelap dan gangster di negara ini, kebanyakannya telah keluar dari struktur organisasi mereka yang sebenarnya. Ramai anggota geng berpecah untuk membentuk unit bebas, yang mengakibatkan geng tunggal berpecah dan menjadi puak yang lebih kecil” – Ahli kriminologi, Dr P. Sundramoorthy, memberitahu Sin Chew Daily.

Berbalik kepada Bentong Kali, dia akhirnya terbunuh di Medan Damansara apabila ditembak seorang penembak tepat polis pada tahun 1993. Kalau korang nak tahu lebih lagi pasal dia, kami pernah tulis artikel pasal Bentong Kali dan beberapa orang penjenayah di Malaysia, dengan lebih maklumat pasal jenayah yang mereka lakukan. Disebabkan Bentong Kali jugalah, Geng 04 menjadi salah satu kumpulan gangster paling aktif di negara ni.

Pada masa ni, Geng 04 adalah salah satu daripada kumpulan gangster paling terkenal di negara ini

Geng 04 di Perak pun nampaknya tak nak kalah. Mereka turut berkecimpung dalam perjudian haram dan industri seks sebagai sebahagian daripada aktiviti mereka. Pada tahun 2013, lima orang daripada anggota geng tersebut terbunuh, dan ada antara mereka merupakan pembunuh profesional.

Geng 04. Imej dari securemalaysia.blogspot

Pada tahun 2016 pula, seramai 36 orang ahli kumpulan geng tersebut ditangkap dan dikaitkan dengan kes pembunuhan Datin Renyce Wong di Taman OUG, Jalan Klang Lama. Pada masa kejadian, dia membawa anaknya untuk makan tengahari dan tiba-tiba, dua orang lelaki bersenjata api menembak ke arah kereta mangsa, iaitu sebanyak 5 tembakan yang bukan saja membunuh mangsa, tetapi juga mengenai anak mangsa yang berumur 8 tahun sehingga menyebabkan kerosakan usus.

Berdasarkan laporan pihak polis, seorang ahli perniagaan telah mengupah geng tersebut sebanyak RM60,000, sebab dia tak dapat bayar hutang sebanyak RM13 jutanya kepada mangsa. Dua orang ahli kumpulan tersebut didakwa, manakala 7 suspek lain dibebaskan.

Pembunuhan Datin Renyce Wong. Imej dari straits times

Bukan tu je, pada tahun 2015, lapan orang ahli Geng 04 merempuh masuk parti full-moon di Penang dan memulakan pergaduhan, iaitu dengan mengelar seorang lelaki sebanyak beberapa kali sebelum melarikan diri menggunakan motosikal. Mangsa merupakan tetamu parti tersebut, yang cuba untuk menghentikan gangster-gangster tu, tapi malangnya dia pulak yang kena.

Dalam kejadian berasingan pada tahun 2016, seorang lelaki terbunuh selepas kejadian kejar-mengejar selama 2 km di Petaling Jaya. 12 orang ahli gangster menyerang dua lelaki di atas sebuah motosikal, mengelar mereka berulang kali dan meninggalkan mangsa dengan darah berlumuran – polis mengesyaki bahawa mangsa sebenarnya anggota Geng 04 juga, yang terbunuh disebabkan pergaduhan perebutan kawasan.

Walaupun pelbagai insiden yang berlaku, persoalan sebenarnya adalah, kenapa masih ramai orang yang nak terlibat dengan gangster dan melakukan kejahatan berunsur keganasan?

Ramai anak muda dipaksa masuk ke dalam geng disebabkan kemiskinan

Walaupun didakwa atas kesalahan jenayah, mereka masih bangga mempamerkan nombor kumpulan geng mereka. Imej dari The Star

Lebih kurang 7 daripada 10 orang India terlibat dalam kumpulan kongsi gelap, menunjukkan bagaimana kumpulan kongsi gelap ni mempunyai pengaruh kuat dalam masyarakat India.

PDRM juga mengatakan yang sebenarnya, lebih ramai gangster berumur 21 tahun ke bawah ditahan pada tahun 2016 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Menurut The Star pula, kebanyakan gangster yang ditangkap polis hanyalah berusia pertengahan 20-an hingga 30-an. Kebanyakan geng mula merekrut ahli baru sejak sekolah menengah, contohnya macam sambutan terang-terangan Geng 24 ini di luar SMK Sri Andalas di Klang. Ada ahli geng yang masih berpakaian seragam sekolah ‘menyambut’ geng baru mereka dengan memegang sepanduk bertulis dengan angka “24” di atasnya.

Imej dari bestfbkl.blogspot.my

Sejak Ogos 2016, PDRM telah menjalankan pemburuan ahli-ahli kongsi gelap di seluruh negara. Ops Cantas Khas diwujudkan pada tahun 2013 untuk membendung gengsterisme dan juga menghapuskan gangsterime dan kongsi gelap.

Polis juga selalu tangkap suspek yang terlibat dalam aktiviti yang mencurigakan atau menyalahi undang-undang – contohnya pada tahun 2016, di mana PDRM menangkap 71 ahli kumpulan yang disyaki di Perak,termasuk 3 orang dalam senarai paling dikehendaki polis. Menurut polis juga, kemiskinan adalah salah satu punca utama kenapa mereka terlibat dalam kongsi gelap.

“Kebanyakan geng yang direkrut ini berasal daripada keluarga miskin di bandar.Mereka didorong dengan keinginan untuk menjadi lebih berani, ganas dan berbahaya di hadapan rakan” – Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Anti Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa kepada Free Malaysia Today.

“Tapi kita tak cantas guna benda ni”. Imej dari astroawani

Kerajaan juga dah mula memfokuskan remaja di sekolah menengah untuk menghentikan kitaran keganasan dalam gangsterisme. Kotak aduan di sekolah menengah mula diperkenalkan di seluruh negara, bagi membantu para pelajar membuat aduan jika mereka mengesyaki rakan sebaya mereka terlibat dengan mana-mana kongsi gelap.

“Kita perlu ambil perhatian dengan angka yang semakin meningkat. Kita tak boleh biarkan budaya gangsterisme berleluasa. Kita kena hentikannya.” – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, dipetik dari the New Straits Times.

Seperti yang didedahkan dalam dokumentari Al Jazeera 101 East tentang masalah gangsterisme di Malaysia, mereka kadang-kadang tiada pilihan lain. Jadi, kalau kaum India yang terancam dengan kemiskinan ini dibantu, mereka mungkin tak akan terjebak dengan perkara sebegini dan kita mungkin dapat mewujudkan negara yang lebih baik dan selamat untuk semua orang.

Sumber : soscili.my

‘Dia cuba menarik troli anak kami perlahan-lahan’ – Bapa Dakwa Wanita Asing Cuba Culik Bayi Mereka.

‘Dia cuba menarik troli anak kami perlahan-lahan’ – Bapa Dakwa Wanita Asing Cuba Culik Bayi Mereka.

“Hati-hati di Tesco Ampang,” itu peringatan dari Mohamad Sallehin yang mendakwa ada seorang wanita dipercayai warga asing cuba mengambil anaknya.

Dalam status Facebook yang dimuat naik jam 6.37 petang semalam, Mohamad mendakwa, wanita terbabit cuba mengambil anaknya yang diletakkan dalam troli Tesco tanpa pengetahuan mereka dalam kejadian jam 6 petang.

“Seorang wanita pakai tudung warna merah jambu, warganegara tidak pasti (dipercayai Somalia) cuba mengambil anak kecil kami dalam troli Tesco.

“Dia cuba menarik troli kami secara perlahan-lahan. Apabila kami tersedar, perempuan itu terus cepat-cepat beredar. Kami sempat mengekorinya.

“Caranya amat mencurigakan. Matanya seperti melilau mencari sesuatu. Mujur tuhan melindungi kami sekeluarga. Wanita itu juga bersembang dengan dua lelaki.

“Kami sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak kaunter dan aduan juga telah dibuat kepada pihak Tesco,” katanya.

 

Orang ramai yang membawa anak-anak kecil dinasihatkan sentiasa peka dan berwaspada, tidak membiarkan anak berseorangan tanpa sebarang pengawasan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

Orang ramai yang membawa anak-anak kecil dinasihatkan sentiasa peka dan berwaspada, tidak membiarkan anak berseorangan tanpa sebarang pengawasan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber : siakapkelisa

Banduan Penjara Ini ‘Bebas Untuk Keluar Masuk’, Tapi Tidak Ada Satupun Yg Mahu Melarikan Diri, Alasannya Memang TAK DISANGKA-SANGKA !!

Banduan Penjara Ini ‘Bebas Untuk Keluar Masuk’, Tapi Tidak Ada Satupun Yg Mahu Melarikan Diri, Alasan nya Memang TAK DISANGKA² !!! | – Fort Boyard adalah benteng terletak di selat Pertuis d’Antioche, pantai barat Perancis dengan panjang tembok 61 meter, serta tinggi 20 meter dan lebar 31 meter.

Di ruang bawah tanah benteng ini, terdapat pejabat dan ruang- ruangan untuk para tentera. Sedang kan di lantai atas dan tengah benteng, terdapat senjata, meriam dan bom granat.

Kehebatan konstruksi dan lokasi benteng yang berada di tengah laut ini, membuat kan Fort Boyard menjadi salah satu benteng terkenal.

Membangun kan benteng di tengah laut dengan konstruksi yang kukuh seperti itu bukan perkara yang mudah. Pada 1950, Fort Boyard menjadi bangunan yang dilindungi oleh Charente Maritime Regional Council.

Benteng ini pertama kali dibangun kan adalah untuk kegunaan oleh angkatan bersenjata Perancis yang dilaku kan oleh Louis XIV pada tahun 1661.

Tujuan pembangunan benteng ialah untuk melindungi pantai dari serangan angkatan laut Inggeris.

Projek pembangunan benteng ini terhenti pada tahun 1809. Namun kemudian di sambung semula pembinaan ketika Perancis dipimpin oleh Louis- Philippe.

Pertukaran pemimpin itu seiring dengan ketegangan hubungan Perancis dengan Inggeris. Pada tahun 1857, projek pembangunan benteng itu akhir nya selesai.

Selama Perancis dipimpin oleh Raja Napoleon Bonaparte, Fort Boyard diguna kan sebagai tempat pertahanan menghalau musuh selama 56 tahun, dari tahun 1801 hingga tahun 1857.

Napoleon Bonaparte juga memperkuat kan konstruksi Fort Boyard dan melengkapi nya dengan pelbagai kelengkapan, termasuk persenjataan berat.

Fort Boyard sempat diguna kan sebagai penjara tentera. Tahanan di sini memiliki kebebasan yang tidak ada batas nya.

Namun oleh kerana lokasi penjara Fort Boyard tersebut di laut, tidak ada tahanan yang memiliki keupayaan serta kesanggupan untuk melarikan diri.

Sekarang, Fort Boyard merupakan tempat lawatan bagi para pelancong. Benteng ini juga sering menjadi lokasi penggambaran filem.

Banyak yang mengagumi keindahan dari benteng ini, belum lagi melihat isi di dalamnya yang penuh dengan sejarah. Apakah Anda pembaca tertarik untuk mengunjungi benteng ini?

Sumber kaki kitai viral v

AWAS !! Mengandungi Bandasing Iaitu Nematoda (Sejenis Cacing)- Kementerian Kesihatan Malaysia

Tidak lama dahulu tular di sosial media apabila seorang pengguna memuat naik foto tin sardin tetapi terdapat cacing mati di dalamnya. Produk keluaran dari negara China itu kebanyakannya menjadi kegunaan rakyat Malaysia kerana ia murah. Jadi, apa yang membuatkan produk sardin itu ada cacing? Baca kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mengandungi bandasing iaitu nematoda (sejenis cacing)

Selepas tular mengenai isu cacing mati dalam tin sardin iaitu produk makanan dari China, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai laporan tersebut. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemeriksaan ke atas produk makanan import termasuklah produk ikan sardin serta ikan mackerel dalam tin.

Berhubung dengan isu itu, hasil analisis mendapat Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongsham Dongyi Foods Co. Ltd dari negara China tidak mematuhi Akta Makanan 1983 kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis Spp.

Oleh itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh pihak KKM di mana syarikat pengimport terbabit telah diarah memanggil balik produk tersebut. Walaubagaimanapun, KKM akan terus menjalankan pemerhatian ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara serta di pasaran. Jika didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, maka tindakan penguatkuasaan akan diambil.

Sumber : ohbulan.com

Kepada Kaki Travel, Ini Ada 11 Isyarat Tangan Yang Korang Tak Patut Guna Bila Travel Ke Negara Lain.

Kepada Kaki Travel, Ini Ada 11 Isyarat Tangan Yang Korang Tak Patut Guna Bila Travel Ke Negara Lain.

Bila kita travel ke luar negara, biasanya ramai yang akan pilih tempat yang senang nak cari makanan halal, tempat yang familiar, ramai traveller Malaysia pergi, atau tempat yang senang faham bahasanya supaya perjalanan korang jadi lancar tanpa susahkan korang untuk faham apa diorang cuba nak bagitau.

Tak kurang juga yang akan beli internet kat negara yang korang lawati tu supaya senang nak berkomunikasi dengan orang tempatan, itu pun kalau murah. Kalau korang pergi kat negara yang internet mahal macam negara-negara Soviet dengan purata RM600 per 10 Mb/s, biasanya korang akan guna internet hotel je kan?

Jadi korang yang travel secara bajet ni pergi pula tempat yang korang tak berapa familiar, dan berurusan dengan orang tempatan. Macam mana korang nak tanya? Guna isyarat tangan? Hati-hati, kalau salah guna isyarat sebab tak tahu faux pass sesebuah negara tu, korang ni memang cari nahas. Kat sini kitorang listkan pelbagai isyarat dan simbol yang korang tak patut guna kat sesebuah negara atau tempat yang korang lawati tu!

1. Tanda ibu jari (thumbs up) di Greece dan Timur Tengah ada maksud yang tak bagus

Imej dari inspirationfeed.com

Maksud yang kita tahu: Selain Malaysia, thumbs up ni benda biasa yang digunakan di seluruh dunia. Dari pemahaman kita, maksud isyarat tangan ni adalah nak tunjuk ‘bagus’ atau ‘well done’ dekat orang yang berjaya buat sesuatu perkara. Oh, tak kurang juga yang tunjukkan isyarat ni bila adik-beradik korang kena pukul dengan penyapu sebab balik lambat, tak pergi mengaji, ataupun tak dengar cakap mak.

Maksud bagi negara lain: Tapi simbol ni membawa maksud lain bagi negara Greece dan negara-negara Timur Tengah. Bunyinya agak kurang sopan, tapi ia adalah simbol lucah yang bermaksud menggunakan ibu jari untuk meliwat orang yang ditujukan. Jadi, hati-hati kalau nak gunakan isyarat ni dengan kawan-kawan korang yang berasal dari negara-negara tu.

2. Simbol OK tak semestinya baik-baik saja di Brazil

Maksud yang kita tahu: Antara simbol yang paling popular di dunia selain daripada thumbs up ialah simbol OK, dengan ibu jari dan jari tunjuk bersatu, dan tiga lagi jari lain dinaikkan. Kita biasa buat simbol ni bila orang tanya,“Kau ok tak ni?”, walaupun dalam hati kau dah menangis.

Maksud bagi negara lain: Tapi rupa-rupanya, tak semua negara ada pemahaman yang sama. Di Jepun, maksud isyarat jari ni ialah ‘duit’. Manakala di Perancis pula bermaksud ‘kosong’ atau ‘takde nilai’. Di Turki dan Venezuela pula lagi bahaya sebab maksud isyarat ni menunjukkan kita kata orang tu homoseksual. Di Brazil pula, isyarat OK tu lebih kuranglah maknanya macam angkat jari tengah.

3. Simbol Peace atau V-sign tak melambangkan keamanan di Afrika Selatan

Yoko Ono menunjukkan simbol ‘peace’ untuk meraikan ulang tahun ke-75 kelahiran John Lennon. Imej dari japantimes.co

Maksud yang kita tahu: Simbol peace adalah simbol keamanan yang digunakan masa protes melawan Perang Vietnam oleh para penentang perang sejak tahun 1960-an lagi. Kemudiannya simbol ni dipopularkan oleh golongan hippies dan berkembang di seluruh Amerika. Tak lama lepas tu, ia diterima pakai di seluruh dunia dan simbol ni jadi popular terutamanya Korea dan Jepun masa ambik gambar.

Maksud bagi negara lain: Kat UK, Australia dan Afrika Selatan pula, isyarat ‘peace’ yang menggunakan bahagian belakang tangan pada orang lain pula melambangkan jari tengah. Jangan salah buat peace pulak ye!

4. Angguk dan geleng kepala bawa maksud sebaliknya di Bulgaria dan Greece

Maksud yang kita tahu: Angguk maksudnya nak, dan geleng maksudnya tak nak. Ni lah isyarat yang paling senang dan terawal kita belajar masa kecik. Tak belajar cakap lagi pun, mesti ajar angguk atau geleng supaya sekurang-kurangnya tahu apa yang budak nak.

Maksud bagi negara lain: Tapi di Greece dan Bulgaria, maksudnya berlawanan antara satu sama lain. Angguk maksudnya tak, dan geleng maksudnya nak. Jadi kalau korang melancong ke tempat ni, jangan keliru pula ye!

Pastu, maksud dia faham ke tak ni?

5. Silang jari di Vietnam tak boleh selamatkan korang dari malapetaka

Maksud yang kita tahu: Kalau kita tengok filem-filem Barat, korang mungkin pernah nampak sorang watak akan silangkan jari bila dia berharap sesuatu. Kalau korang tak tahu, maksud silang jari tu adalah syarat tangan yang biasa digunakan untuk mengharapkan nasib yang baik dan juga percubaan untuk memohon perlindungan Tuhan.

Maksud bagi negara lain: Korang jangan cari nahas pula dengan mempraktikkan benda yang korang tak pasti maksud dia. Sebab lain pula di Vietnam, bagi diorang simbol tu menyerupai alat k3m4lu4n wanita

6. Simbol tiga jari dinaikkan di Thailand bukanlah penghargaan kepada seseorang

Maksud yang kita tahu: Korang yang biasa tengok Hunger Games, mesti faham maksud isyarat tangan ni. Isyarat ni digunakan Katniss lepas dia cuba selamatkan salah seorang peserta daripada daerah lain tapi peserta tu akhirnya mati. Simbol tu bermaksud terima kasih, dan juga penghargaan dan ucapan selamat tinggal kepada seseorang yang disayangi.

Maksud bagi negara lain: Tapi kalau korang dekat Thailand, jangan memandai-mandai pula buat isyarat tangan macam ni. Simbol ni digunakan oleh rakyat negara itu dan pihak pembangkang yang tak setuju dengan rampasan kuasa pada tahun 2006,yang menggulingkan Perdana Menteri Thailand pada masa tu, Thaksin Shinawatra. Simbol yang diambil daripada xfilem The Hunger Games ni kemudiannya diharamkan sampai sekarang.

7. Isyarat ‘rock’ ni boleh buatkan orang Itali dan Sepanyol belasah isteri diorang

Imej dari CBS LA

Maksud yang kita tahu: Di Amerika Syarikat, simbol “the horn fingers” kebanyakannya digunakan oleh penyanyi dan peminat rock seluruh dunia sebagai sebuah persetujuan untuk “rock on”. Isyarat tangan ni asalnya daripada Universiti Texas di Austin.

Maksud bagi negara lain: Di Itali, Sepanyol, Portugal dan Colombia pulak, maksud bagi isyarat tangan tu menandakan yang isteri curang di belakang diorang. Jadi jangan la buat, tak pasal-pasal pulak bini diorang kena pukul sebab salah faham.

8. Korang cari nahas bila panggil orang kat Jepun dengan isyarat jari

Maksud yang kita tahu: Kalau nak tahu ni la cara orang Amerika panggil orang dan suruh orang tu datang. Tapi dalam budaya kita pula, kalau panggil orang dengan gaya macam ni sebenarnya agak kurang sopan. Bukan apa, dah la panggil guna jari je, lepas tu patutnya kita panggil orang, kita la pergi kat dia. Korang jangan panggil orang yang lagi tua daripada korang macam ni pula, cari nahas juga sebenarnya.

Maksud bagi negara lain: Kita sedia tahu yang Jepun ni sebuah negara yang penuh dengan adab sopan dan kesusilaan. Jadi bagi diorang isyarat ni agak kasar dan menyinggung perasaan orang yang dipanggil. Bukan Jepun je, malah negara Asia yang lain sebab bagi Singapura pula, isyarat ni melambangkan kematian. Malah kalau korang gunakan isyarat ni kat Filipina pula, korang boleh ditangkap oleh pihak berkuasa sebab cara panggilan tu cuma digunakan bila nak panggil anjing.

Try la buat macam ni kalau nak kena penampar Jepun

9. Makan dengan mulut terbuka dianggap sopan di China

Maksud yang kita tahu: Salah satu etika di meja makan ialah jangan bercakap masa mulut penuh dengan makanan. Kita diajar untuk menutup mulut dan habiskan makanan sebelum bercakap. Bukan sebab apa, nampak tak sopan dan takut makanan tersembur dekat orang lain.

Maksud bagi negara lain: Tapi, lain pula dengan negara China. Kat sana, takde istilah tak sopan kalau korang bercakap masa mulut penuh dengan makanan. Bukan tu je, sendawa dan kentut depan orang pun tak jadi masalah sebab bagi diorang benda tu normal. Disebabkan hal-hal macam ni la Menteri Perlancongan Jepun kemudiannya keluarkan panduan etika khas untuk pelancong daripada China. Itu pun lepas diorang terima banyak sangat aduan daripada pemilik hotel kat negara matahari terbit tu pasal tingkah laku pelawat dari China.

10. Jangan gunakan tangan kiri untuk berurusan dengan orang di negara-negara Islam

Scout handshake. Imej dari hazelbrookscouts.com

Maksud yang kita tahu: Di Malaysia dan kebanyakan negara-negara Islam, menggunakan tangan kiri untuk makan, berjabat tangan, menghulurkan atau menerima sesuatu dianggap kurang sopan. Sebabnya, tangan kiri selalunya digunakan untuk membersihkan diri di tempat-tempat sulit dan kotor. Jadinya, gunalah tangan kanan supaya lebih sopan.

“Tangan kanan Rasulullah digunakan dalam bersuci dan makan. Adapun tangan kiri, dipakai untuk membersihkan bekas kotoran dari buang hajat dan perkara-perkara yang najis “- (Hadits sahih riwayat Abu Dawud)

Maksud bagi negara lain: Biasanya di negara Barat pun diorang akan salam gunakan tangan kanan sebab diorang sedia tahu pasal budaya orang Asia yang gunakan tangan kiri untuk tujuan kebersihan. Tapi kalau korang nak tahu ada je yang salam guna tangan kiri ni, iaitu Scout handshake’ atau ‘jabat tangan pengakap’, sebagai tanda kepercayaan dan persahabatan.

11. Jangan hulurkan tangan untuk bersalaman di sesetengah negara Islam

Maksud yang kita tahu: Bersalaman adalah tanda hormat dan pengenalan antara satu sama lain. Tapi, bukan untuk semua negara rupa-rupanya. Kadang-kadang tu diorang ada cara lain untuk menyapa selain daripada bersalaman, iaitu dengan meletakkan dua tapak tangan bersama dan sebut ‘Namaste’. Manakala kat Jepun pula diorang menunduk dan sebut ‘Kon’nichiwa’. Lagi rendah kita tunduk, maknanya lagi tinggi hormat kita kepada orang tu.

Maksud bagi negara lain: Di negara-negara lain, kalau diorang tak hulurkan tangan untuk bersalaman, jadi apa kata kita tengok dulu budaya diorang menyapa sesama sendiri dulu. Kat negara-negara Islam, biasanya lelaki dan perempuan takkan bersalaman dengan yang bukan mahram (bukan adik-beradik atau ibu bapa). Sebabnya, ajaran Islam mengharamkan sentuhan kulit antara bukan mahram dan takde hubungan suami isteri.

Penting untuk kita fahami budaya luar

Setiap negara ada budaya dan pemahaman tersendiri yang dibawa sejak zaman dulu lagi. Malah dalam 169 negara yang ada di seluruh dunia, simbol dan isyarat yang wujud menjadikan setiap negara tu unik dan berlainan daripada yang lain. Contohnya lambang ‘peace’ atau ‘sign V’ untuk ‘victory’ yang bermaksud kejayaan wujud disebabkan kemenangan menentang peperangan di Vietnam.

Sebab ni lah, penting untuk kita faham budaya sesebuah negara tu untuk mengelakkan sebarang masalah. Malah sebagai perantau di tempat orang, kita tak boleh harapkan orang tempatan yang kena faham budaya kita, padahal kita yang masuk tempat diorang. Jadi, kita yang kena sesuaikan diri dan adaptasi budaya diorang selagi tak bercanggah dengan agama dan tatasusila masyarakat. Bak kata pepatah,

“Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak”- pepatah Melayu lama

atau

“When in Rome, do as the Romans do”-pepatah Inggeris.

Sumber soscili.my

Anggota Ini Dedahkan Kenapa Dia Nekad Gadai Nyawa Sendiri Untuk Selamatkan Wanita Ini Dari Mati Sebab Bunuh Diri. Punca Kenapa Wanita Ini Terjun Adalah..’HERO MALAYA’

PULAU PINANG 18 April – Perasaan kuat untuk menyelamatkan nyawa seorang wanita yang terapung di tengah laut mendorong Zaidi Salleh, 52, terjun menyelamatkan wanita berkenaan daripada mati lemas.

Menceritakan kejadian itu, Zaidi yang merupakan polis bantuan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) berkata, dia mendapat maklumat awal mengenai kejadian terjun tersebut ketika sedang meronda di atas jambatan kedua berkenaan kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, katanya, dia dimaklumkan seorang wanita terjun kira-kira 10 minit sebelumnya dan melihat mangsa sedang berpaut pada tiang konkrit jambatan berkenaan.

KENAPA ANGGOTA POLIS BANTUAN INI BERANI TERJUN

 

“Ketika melihat wanita berkenaan, saya dapat merasakan mampu menyelamatkannya kerana ketika itu air laut masih belum pasang dan arus juga tidak begitu kuat’

“Selain itu, saya juga pernah mengikuti kursus menyelamatkan mangsa lemas dan sebab itu saya nekad untuk terjun menyelamatkan wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini’

Menurut bapa kepada tiga anak itu, dia berjaya memegang mangsa selepas terjun ke laut dan mereka terus berpaut pada tiang konkrit jambatan sementara menunggu diselamatkan.

Bagaimanapun, tambahnya, selepas lebih 20 minit menunggu, air laut mula pasang dan arus yang semakin kuat menolak mereka sehingga ke tengah laut.

Namun, katanya, mereka bernasib baik kerana sempat berpaut pada tong ikan yang hanyut dan meminta wanita berkenaan supaya berpaut pada tong berkenaan.

“Ketika itu saya meminta wanita berkenaan supaya tidak melepaskan tong ikan tersebut kerana saya juga semakin lemah dan tidak mampu untuk memegangnya lebih lama.

“Syukur kira-kira 20 minit selepas itu, kami diselamatkan bot nelayan dari Jeti Pulau Aman yang dikerahkan Polis Marin dan bomba untuk menyelamatkan kami,” katanya.

PUNCA WANITA ITU TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG

Sementara itu, ditanya sama ada dia mengetahui punca wanita berusia 28 berkenaan bertindak terjun dari jambatan, Zaidi memberitahu, dia hanya dimaklumkan wanita berkenaan mempunyai masalah keluarga.

“Sebenarnya walaupun wanita itu bertindak terjun ke laut, tetapi dia masih ada perasaan yang kuat untuk hidup dan berharap diselamatkan’

“Saya juga berulang kali meminta dia mengingati Allah SWT dan kerana itu juga dia terus berpaut pada tong ikan ketika kami dihanyutkan ke tengah laut,” katanya.

Menurut sumber lain,
Pelajar ni bekas pelajar phd uum.
Pelajar ni kena perbuatan pukau melalui telefon sekitar setahun yg lalu hingga terpaksa berhutang along dan kawan2 utk bagi duit ke akaun seseorang individu yg sampai hari ni xdpt dikenalpasti…dia dah jadi seperti ada sesuatu yg mengusai diri dan x boleh buat keputusan..report polis dah buat dan ugutan dari along duk terima sampai la..bukan dari keluarga yg senang..bapa dia pencen staf tabung Haji…sakit pulak tu..kesian sgt..cukup sekadar kita sja tau utk elak fitnah yg lebih besar…Mohon ambil iktibar dari kes ni..sama2 lah kita berpesan-pesan..Minta dijauhkan dari keluarga kita dan keturunan kita…Aamin

Sumber Artikel : celotehsaja.com

Kepada Pengguna Handphone Apple dan Xiaomi, Awas!Casing Anda Mungkin Mengandungi Bahan Toksik Berbahaya.

Kepada Pengguna Handphone Apple dan Xiaomi, Awas!Casing Anda Mungkin Mengandungi Bahan Toksik Berbahaya.

Korang mesti ada at least sorang kawan yang suka tukar casing handphone cantik-cantik, kan? Memang ramai orang yang suka tukar-tukar casing handphone ni sebenarnya. Tapi kalau korang salah seorang daripada jenis ni better fikir dua kali sebelum beli casing lepas ni.

Menurut AsiaOne, satu penyiasatan terbaru ni dedahkan yang ada beberapa jenama casing handphone sebenarnya mengandungi bahan bahaya! Persatuan Pengguna Shenzhen mendapati bahawa terdapat beberapa jenama besar yang menjual casing handphone ada toksik!

Casing jenama Apple dan  Xiaomi pun ada!
Persatuan ni dah jalankan ujian ke atas 30 casing handphone daripada 28 jenama termasuk Apple, Samsung, Huawei dan Xiaomi. Keputusan ujian ni menunjukkan yang lima jenama casing ada bahan bertoksik melebihi had yang dibenarkan.Huish, bahaya ni!
Beberapa brand casing dari jenama Apple dan Xiaomi yang dijual di website rasmi dorang di China antara model yang ada bahan berbahaya tu. Salah satu daripada jenama-jenama tu, Yuening ada guna serbuk berkilauan yang ada plumbun melebihi 1550 kali lebih daripada kandungan yang dibenarkan.


Persatuan tu guna beberapa peraturan dan kawalan macam untuk test bahan-bahan bahaya ni. Hasilnya, antara bahan-bahan bahaya yang dijumpai dalam casing tu adalah plumbun, polycyclic aromatic hydrocarbon dan plasticiser.
Bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan kanser kulit, paru-paru, pundi kencing, hati dan juga kanser perut. Selain tu, bahan bahaya ni juga boleh sebabkan kecacatan reproduktif dan penurunan kesuburan.Dahsyatnya!

Xiaomi beri penjelasan
Lepas penyiasatan ni tersebar, Xiaomi tampil bagi penjelasan dan maklumkan yang peraturan yang diguna persatuan ni tak boleh diaplikasikan pada casing handphone. Ini adalah sebab ujian tu fokus kepada penggunaan dan penjagaan bagi kanak-kanak. Pihak Xiaomi jugak ada cakap yang dorang ada standard tersendiri untuk casingtelefon bimbit dorang.
Buat masa ni, masih belum dapat dipastikan sama ada masalah ni menjejaskan negara lain jugak ataupun tak. So korang lepas ni kalau nak beli casing handphone baru, hati-hati tau takut terbeli casing yang ada bahan berbahaya macam ni!

Sumber: Siakapkelisa