AWAS !! Mengandungi Bandasing Iaitu Nematoda (Sejenis Cacing)- Kementerian Kesihatan Malaysia

Tidak lama dahulu tular di sosial media apabila seorang pengguna memuat naik foto tin sardin tetapi terdapat cacing mati di dalamnya. Produk keluaran dari negara China itu kebanyakannya menjadi kegunaan rakyat Malaysia kerana ia murah. Jadi, apa yang membuatkan produk sardin itu ada cacing? Baca kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mengandungi bandasing iaitu nematoda (sejenis cacing)

Selepas tular mengenai isu cacing mati dalam tin sardin iaitu produk makanan dari China, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai laporan tersebut. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemeriksaan ke atas produk makanan import termasuklah produk ikan sardin serta ikan mackerel dalam tin.

Berhubung dengan isu itu, hasil analisis mendapat Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongsham Dongyi Foods Co. Ltd dari negara China tidak mematuhi Akta Makanan 1983 kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis Spp.

Oleh itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh pihak KKM di mana syarikat pengimport terbabit telah diarah memanggil balik produk tersebut. Walaubagaimanapun, KKM akan terus menjalankan pemerhatian ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara serta di pasaran. Jika didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, maka tindakan penguatkuasaan akan diambil.

Sumber : ohbulan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *