Kepada Yang Kerap Makan Makanan Manis, 8 Tanda Ini Menunjukkan Anda Sebenarnya Sudah Mempunyai  Gula Yang Berlebihan Di Badan Anda.

Kepada Yang Kerap Makan Makanan Manis, 8 Tanda Ini Menunjukkan Anda Sebenarnya Sudah Mempunyai  Gula Yang Berlebihan Di Badan Anda.

Makanan manis atau pun makanan bergula memang digemari ramai. Sebut sahaja ais kacang, kek cawan, coklat dan pelbagai lagi makanan manis lain, pasti ada peminatnya yang tersendiri. Walaupun kami pasti ramai yang sudah sedia maklum mengenai bahaya makanan bergula, tetapi tak ramai yang mampu menolak godaan untuk menikmatinya.

Kadang-kadang, disebabkan sudah biasa menikmati benda manis, kita jadi lupa sejauh mana kekerapan kita mengambil makanan yang manis-manis ini. Tahu-tahu, kita dah pun disahkan menjadi salah seorang daripada penghidap penyakit kencing manis di Malaysia. Takutnya.

Sebenarnya kalau anda nak tahu, badan anda sudah pun memberikan isyarat kepada anda jika sistem mengesan pengambilan gula secara berlebihan. Cuma anda sahaja yang tidak perasan.

Ini dia, tanda-tanda anda sudah terlebih gula. Semoga bermanfaat.

1. Sering Sakit Otot Dan Sendi

Jika anda kerap merasa sakit otot dan sendi walaupun tidak melakukan kerja berat, ia mungkin petanda badan anda cuba memberi isyarat bahawa berlaku keradangan di dalam badan akibat gula berlebihan.

Jumlah gula yang tinggi membuatkan sel imun menghantar isyarat kepada darah untuk memecahkan advanced glycation end-product, atau protein yang terikat dengan molekul glukos. Semakin banyak gula dalam badan, semakin banyak advanced glyticon end-product muncul, dan semakin kerap isyarat keradangan dihantar untuk memecahkan ikatan protein tersebut.

Antara kesan-kesan peningkatan penghantaran isyarat ini adalah seperti penyakit arthritis, katarak, sakit jantung dan ingatan tidak kuat.

2. Ketagih Rasa Manis

Gula di dalam badan dihadam dengan sangat pantas, membuatkan anda cepat merasa lapar walaupun anda sebenarnya baru sahaja menikmati makanan manis. Malah, sugar juga boleh melepaskan hormon dopamine dalam badan, satu sensasi ketagih, sama seperti yang dialami oleh mereka yang mengambil dadah.

Neutransmitter dopamine dilepaskan oleh neuron di dalam sistem sebagai ‘hadiah’ kerana keinginan dipenuhi. Hormon ini pada asalnya berfungsi untuk tujuan yang baik iaitu untuk membuatkan kita sentiasa berada dalam mood yang baik.

Namun yang menjadi masalahnya apabila anda kerap mengambil makanan manis, otak anda menerima isyarat bahawa gula dan manis adalah satu ‘hadiah’, dan semakin banyak anda menikmati makanan manis, semakin kerap badan anda ketagih dengan sensasi gula itu.

Satu lagi, makanan bergula tidak membuatkan anda kenyang walaupun diambil dalam kuantiti banyak kerana ia tidak mengandungi nutrisi yang berguna.

3. Tenaga Tidak Menentu

Ada kalanya anda merasa sangat bertenga, kemudian merasa amat lesu. Glukos bertanggungjawab dalam sistem badan untuk membekalkan tenaga, jadi ia amat penting untuk anda memastikan jumlah gula dalam badan diparas yang sepatutnya.

Kecelaruan pada paras gula ini boleh menyebabkan tenaga anda menjadi seperti yo-yo. Sekejap bertenaga, sekejap tidak bertenaga.

Apa yang terjadi apabila anda memakan makanan manis,  pankres akan melepaskan insulin di dalam badan untuk membantu membawa glukos ke seluruh badan, membuatkan anda merasa bertenaga. Apabila anda tidak menikmati makanan manis, badan anda menjadi lesu kerana glukos tiada untuk dibawa, manakala badan anda menginginkan gula lagi.

Jadi, bagi mengekalkan paras normal gula dalam badan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan glukos daripada makanan berkhasiat yang mengandungi protein dan lemak sihat. Pastikan badan anda mendapat gula ‘sebenar’ daripada makanan yang sihat.

4. Kulit Bermasalah

Makanan yang mengandungi gula akan membuatkan insulin bertindak balas dan memulakan proses glycation, atau mengikat gula menjadi molekul protein. Sebaik sahaja glukos memasuki darah, ia akan melancarkan operasi psikologikal yang rumit yang mungkin berakhir dengan keradangan ataupun masalah pada kulit.

Ini bermakna gula berlebihan di dalam badan mempunyai kaitan dengan masalah-masalah yang berlaku pada kulit anda seperti jerawat. Jika anda sudah pun mencuba pelbagai rawatan kulit namun masalah tidak juga selesai, anda mungkin perlu memikirkan semula tabiat pemakanan anda.

5. Berat Bertambah

Makan makanan manis dalam kuantiti yang banyak menyebabkan pankreas menghasilkan insuli secara berlebihan, hasilnya lemak berlebihan yang diproses akan disimpan di perut berbanding di bahagian lain.

6. Masalah Gigi

Gula sememangnya mempunyai kesan yang sangat buruk kepada gigi anda misalnya kaviti dan gigi reput. Namun bukanlah salah gula semata-mata. Yang membuatkan gigi anda rosak, reput, sakit dan sebagainya adalah kerana anda gagal untuk membersihkan gigi anda selepas makan makanan manis.

Sisa-sisa yang terlekat pada gigi jika mendatangkan kesakitan, itu tandanya anda kerap makan manis tapi malas nak bersihkan gigi.

7. Badan Bertoleransi Dengan Gula

Pernah tak ada orang beritahu minuman anda sangat manis, tapi bila anda rasa, anda kata biasa-biasa sahaja. Tak manis sangat pun. Keadaan ini berlaku sebenarnya apabila anda kerap menikmati juadah manis, badan anda bertolak ansur dan cuba menyesuaikan deria rasa anda dengan tahap kemanisan yang anda sering nikmati.

Bila ini terjadi, anda sebenarnya tidak merasa puas apabila menikmati makanan yang kurang rasa manis seperti buah-buahan dan buah berri kerana tahap kemanisan itu tidak sama dengan yang biasa lidah anda rasa.

8. Mudah Demam Dan Sejuk

Gula berlebihan di dalam badan akan menghalang sistem imun anda untuk menyerang bakteria apabila anda sakit. Vitamin C yang diperlukan badan untuk membolehkan sistem imun menyerang bakteria mirip dengan struktur kimia glukos. Berbanding mencari dan bekerja dengan Vitamin C, sistem imun anda menjadi keliru dan mengambil glukos yang sebenarnyan ‘lembik’ untuk bertarung dengan bakteria.

Jadi, berbanding bertarung dan memenangi ‘perang’ dengan bakteria, sistem imun anda sebenarnya mengalami kekalahan teruk. Jadi, anda kerap mendapat penyakit.

Sumber : siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *