‘Dia Yang Salah, Dia Pulak Yang Pukul Orang,’Mangsa Dakwa Dipukul Pemilik Alphard

‘Dia Yang Salah, Dia Pulak Yang Pukul Orang,’Mangsa Dakwa Dipukul Pemilik Alphard


Seorang individu mendakwa dia telah dipukul oleh pemilik kereta Toyota Alphard yang berang dengan tindakannya merakam gambar kereta wanita terbabit yang menghalang laluan keluar kereta mangsa.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari di Taman Bayu Tinggi, Klang, Selangor, mangsa, Angie Ng, mendakwa dia telah dipukul wanita berkenaan.

Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, Angie mendapati ada sebuah kereta yang menghalang laluan keluar keretanya dari tempat letak kereta.

“Saya mendapati ada sebuah kereta Toyota Alphard berwarna putih telah diletakkan di belakang kereta saya dan menghalang laluan keluar. Saya cuba membunyikan hon beberapa kali untuk menarik perhatian pemilik kereta tersebut untuk datang mengalihkan keretanya,” katanya

Malangnya, tindakan Angie itu tidak beroleh kejayaan lalu dia mengambil keputusan untuk merakam gambar kereta itu dan bertanya pada orang-orang di sekitar kawasan itu sama ada mengenali pemilik kenderaan itu atau tidak.

“Tiba-tiba datang seorang wanita bertanya kenapa saya merakam gambar keretanya? Saya cuba memberi penjelasan kepadanya tetapi dia terus mengangkat telefon bimbitnya dan memukul bahagian belakang badan saya.

“Malah dia cuba merampas telefon bimbit saya. Mujur ada seorang lelaki yang ternampak insiden itu terus datang menarik wanita itu dan meleraikan kami sebelum wanita itu mengalihkan kenderaannya,” katanya.






Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatannya di kemudian hari.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan tidak bertamadun wanita terbabit yang jelas sekali telah melakukan kesalahan dan menyusahkan pengguna jalan raya lain. Malah wanita itu tergamak mencetuskan pergaduhan dan memukul mangsa yang ternyata tidak bersalah.

Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil jalan mudah atau mementingkan diri sendiri dengan meletakkan kenderaan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Biar jauh sedikit, asalkan tidak menyusahkan orang.

Sumber: siakapkelisa

Jual Air Tepi Jalan Tapi Drive Kereta BMW , Peniaga Jalanan Ini Kongsi 6 Ilmu Untuk Berjaya

Jual Air Tepi Jalan Tapi Drive Kereta BMW , Peniaga Jalanan Ini Kongsi 6 Ilmu Untuk Berjaya

Perkongsian daripada Hafsyam Abu menerusi laman Facebook miliknya ini sangat-sangat membuka mata kita tentang peluang.  Peluang dan ruang yang Allah berikan itu sangat luas, namun ia berbalik pada kita untuk memanfaatkannya atau mensia-siakan peluang tersebut.

Meniaga tepi jalan sekalipun, jika betul kaedahnya, halal pendapatannya, rezeki itu Allah janjikan untuk mereka.  Jenis pekerjaan bukan pengukurnya, tetapi bagaimana kita mengerjakan dan mengusahakan pekerjaan tersebut sehingga berjaya. Meniaga nasi lemak pun boleh kaya kalau betul caranya.  Mari baca perkongsian Hafsyam yang wajar dijadikan panduan buat kita semua, khas buat para peniaga di luar sana.

NIAGA TEPI JALAN DAN BMW 5 SERIES
Alhamdulillah hari ini selesai berniaga tepi jalan dengan jual air balang sahaja. Buat pertama kalinya mencuba inilah 6 ILMU yang dapat. Mungkin boleh dikongsikan untuk mereka diluar sana.

1. BELAJAR DARI PENIAGA BANGLA/INDONESIA

Kita marah apabila ramai warga asing di negara ni. Saya juga tak puas hati. Tapi ada juga perkara yang kita perlu belajar juga dari mereka. Memanfaat kan peluang dan ringan tulang untuk saling membantu.

Hari ini hari pertama saya berniaga. Nak buka khemah pun terkial-kial. Sekilas pandang kelibat baju putih datang terus bantu dan tunjuk cara memasang khemah. Bangla kedai hujung yang datang bantu tanpa dipanggil. Mereka sangat tidak berkira. (Mungkin tidak semua tetapi ambillah yang positif)

2. JANGAN PANDANG RENDAH DENGAN ORANG

Haaa…ini lah yang selalu kebanyakan orang kita fikir. “Apa lah jual air je? Nasi lemak sahaja? Tepi jalan? Ewww no class! Takde masa depan!”

Done membawang?

Kejap….Tengok picture belakang saya tu. Brother sebelah ni siap-siap parking BMW 5 series. Jual apa? Jual pisang goreng dan air kelapa je kak. Saya juga terkejut. Bukan dia sahaja ada lagi yang jual nasi lemak pagi-pagi pun bawa Mercedes. Kau? Membawang jelah. Jadi jangan lah kita pandang rendah kepada usaha orang lain. Kita tak tahu USAHANYA HARI INI MELIMPAHKAN REZEKI DIMASA AKAN DATANG.

3. JALINAN SILATURAHIM ANTARA PENIAGA

Kata lainnya hubungan antara peniaga lain. Selepas beberapa customer datang membeli. Brother sebelah ni pun datang tegur. “Dik yang hujung tu air apa?” Saya jawab lah. “Teh Ais bang”. Di balasnya “Bagi 1”….

Saya kesan itulah jalinan silaturahim yang ingin diwujudkan dalam bentuk ‘support bisnes peniaga lain’. Jadi antara peniaga pun boleh juga support antara satu sama lain. Dan kalau orang dah beli produk kau… kau jangan kayu je tak support bisnes orang tu. Beli lah juga mungkin hari/waktu yang lain.

4. HORMAT MENGHORMATI

Ini sangat penting. Pernah kita dengar peniaga bergaduh merebut tapak? Tidak bertegur, bermasam muka tak puas hanti sampai santau menyantau? Ini memang berlaku di mana-mana. Jadi tak salah pun kalau kita saling mengalah, hormat menghormati dengan peniaga lain. Yakin lah rezeki itu datang nya dari Allah. Jangan lah jadi Melayu yang menjatuhkan bangsanya sendiri

5. SOLAT/IBADAH

Ini sangat menyentuh hati saya. Apabila Azan berkumandang brother sebelah terus belari ke masjid belakang. Barang-barang niaga tinggal macam itu sahaja? Ya! Dan yang tolong jaga adalah peniaga bangla sebelah kedai brother tu. Bila brother tu balik ke khemah niaga, Bangla tu pula pergi menunaikan solat. Begitulah bersilih dengan peniaga lain. Inilah cara bagaimana dalam berniaga mencari KEBERKATAN REZEKI.

6. SABAR

Yang jenis baru nak berniaga macam saya. Sabar sangat lah penting. Takkan kau semai biji diwaktu pagi, petang kau dah boleh kunyah buah kan???

Jadi kita dah berusaha, tawakal seterusnya bersabar. Yakinlah rezeki itu ada. Alhamdulillah hari pertama niaga lepas juga target

Ehm…Dato Aliff Syukri pun bermula dengan berniaga pasar malam tau sebelum kaya.

Akhir kata “Selamat berniaga kepada semua peniaga/peniaga tepi jalan”

Sumber: Siakapkeli

TAK SANGKA!! 9 BENDA YANG SEBENARNYA HALAL KAT MALAYSIA. NO 7 TU RAMAI YANG NAK KAN..

TAK SANGKA!! 9 BENDA YANG SEBENARNYA HALAL KAT MALAYSIA. NO 7 TU RAMAI YANG NAK KAN..

Bila sebut pasal halal, selalunya kita fikir pasal makanan dan jugak rezeki yang halal mengikut undang-undang Syariah la kan. Tapi semenjak dua menjak ni makin bertambah pulak barang-barang lain yang nak jugak cop halal. Ada yang buat kitorang kagum dengan usaha mereka ni semua, tapi ada jugak yang buat kami tersedak pelik.

Apa-apa pun, jom kita tengok 9 benda yang disahkan halal kat Malaysia!

1. Kereta halal

kereta halal

Err, pemalu sangat kereta ni.. 😂 Tekan sini untuk baca artikel kat The Age

Pada 2007, Proton ada buat cadangan pasal kereta halal. Idea tu datang bila delegasi Malaysia dalam perjalanan ke Timur Tengah, so dorang plan macam nak bekerjasama dengan pengeluar kereta di Iran dan Turki. Apa yang buatkan kereta tu bersifat Islamikadalah ciri-cirinyaseperti tempat untuk letak tudung dan Al-Quran, kompas, dan penunjuk kiblat. Kalaulah projek ni dilaksanakan dulu, ia dah jadi kereta Islamik yang pertama dalam dunia dah.

Tapi last-last takde berita pun, so kitorang anggap benda ni tak jadi kenyataan. Tapi takpe, niat dah ada kan. Apapun, Proton tak pulang dengan tangan kosong  sebab Iran order 5,000 unit Proton Waja untuk digunakan sebagai teksi, dan macam inilah rupa parasnya:

waja teksi iran

Dah macam kereta Hulk dah. Imej diambil daripada autolah.blogspot.my

2. Bir halal

Imej daripada Malaysian Digest

Betulkan kami kalau salah, tapi dalam Al-Quran ada diperintahkan supaya jangan minum ‘khamr’. Khamr tu bermaksud apa-apa saje minuman keras ataupun dadah yang memabukkan, tak termasuk sejumlah kecil alkohol yang dijumpai dalam kebanyakan makanan dan minuman yang kita makan tiap hari, contohnya anggur dan tapai.

Bavaria 0.0%. Imej daripada alcoholfree.co.uk

Pastu ada sorang Malaysian businessman ni terjumpa satu cara untuk menghasilkan bir yang tidak memabukkan, iaitu Bavaria 0.0%! Secara asasnya ia adalah minuman malt, lebih kurang macam Milo dan Horlicks. Tapi malangnya, Ruzi Shuib tak dapat kelulusan daripada Jakim jadi selagi itulah susah nak jual kat pasaran, nak lagi bila botol dia lebih kurang botol bir biasa je. Jadi sambutan agak kurang setakat, contohnya di salah satu restoran kat KL yang jual bir ni.

Kalaulah minuman ni macam Milo atau Horlicks je, apa problemnya? Ada sumber mengatakan sesetengah bir halal ni tak berapa halal pun, contohnya bila Istak (jenama Iran) diuji, ia mengandungi 0.5% alkohol. Tahap yang diluluskan di Malaysia adalah 0.01%. Tapi kan kalau tapai yang ada 5% alkohol, tapi boleh pulak dijual. Hmm.

Selain itu, Jakim tidak akan mengesahkan mana-mana produk yang ada nama ‘bir’ kat nama produk, walaupun produk tu takde alkohol. Itulah sebabnya pada 2009 A&W menamakan root beer menjadi sarsaparilla untuk sijil halal, manakala bir tanpa alcohol seperti Barbican dari Arab Saudi dan Istak dari Iran tak dapat sijil halal. Walau macamana pun, Barbican tu takde masalah mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan.

Wall Street Journal melaporkan penganalisis Euromonitor iaitu Amin Alkhatib meramalkanbahawa jualan bir tidak beralkohol di Negara ni akan berkembang daripada 3 juta liter pada 2013 kepada 3.6 juta liter menjelang 2016. Tapi, kita still tertinggal jauh di belakang Timur Tengah di mana 1.43 billion liter bir terjual pada tahun 2013.

3. Troli halal

Troli non-halal di NSK. Imej daripada Malaysiakini

Troli non-halal di NSK. Imej daripada Malaysiakini

Troli halal juga telah diperkatakan sejak sekian lama bila NSK asingkan troli-troli dorang buat pertama kali pada tahun lepas. Tapi sekarang niSEMUA supermarkets mungkin perlu mengasingkan troli dorang jugak sekiranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan buat peraturan baru di bawah syarat-syarat perlesenan perniagaan.

Antara garis panduan yang dibincangkan adalah membezakan warna troli dan mengasingkan kaunter bayaran untuk barangan halal dan tidak halal, kata Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Alias Ahmad.

Terdapat dua jenis reaksi yang diberikan orang ramai. Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), seorang pendakwah Islam bebas Wan Ji Wan Hussin, dan orang-orang Sabah menentang idea ini; manakala Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Persatuan Pengguna Islam (PPIM) pula menyokongnya.

4. Pinggan mangkuk halal

Kalau korang nak makan makanan halal, kena pastikan jugak disediakan menggunakan pinggan halal. Imej daripada thetofutheory.blogspot.my

Pastikan halal baru beliii. Imej daripada thetofutheory.blogspot.my

Kami jumpa gambar pinggan mangkuk halal oleh syarikat tempatan Claytan ni melalui sebuah blog. Claytan ditubuhkan pada 1920untuk mengeluarkan seramik, kemudian dorang buat paip bawah tanah.

Dorang siap pamerkan sijil halal kat website yang disahkan oleh Jabatan Agama Johor.

Screenshot daripada website Claytan

Screenshot daripada website Claytan

5. Kereta api halal

Imej daripada Free Malaysia Today

Kereta api halallan toyyibannn. Imej daripada Free Malaysia Today

Malaysia mungkin jadi negara pertama dalam dunia yang mempunyai kereta api halal bila diluluskan je oleh Jakim! KTM setakat ni agak boleh harap, sebab dorang dulu ada lancarkan coach wanita yang pertama di Malaysia.

Tapi macam mana nak buat kereta api jadi halal? Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sarbini Tijan menerangkan hal ni:

“Pelancong Islam dari serata dunia akan lebih yakin untuk datang ke Malaysia kerana tahu bila mereka menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik KTMB, makanan yang dihidangkan adalah disahkan halal.” – Sarbini di  – Sarbini di Malaysian Digest

Oo, so makanan la benda yang halal nye… . Tapi, ada jugak yang timbulkan persoalan yang munasabah seperti:

  1. Macam mana kalau ada orang kurang upaya yang bawa anjing sebagai diorang punya penunjuk jalan? Kena halau ke nanti?
  2. Kalaulah beg plastik yang penumpang bawak ada daging khinzir, adakah diorang akan berhentikan perkhidmatan untuk menyamak?
  3. Kalau ada pasangan yang naik train sama-sama, diorang kena bawak sijil/kad pengesahan perkahwinan diorang ke? Manalah tau tetiba kena tangkap basah pulak dalam tu kan.

6. Vaksinasi Halal

Imej daripada picturespider.com dan topbot.org

Ehhh muka je pinkkkk kuku hitammmm..Imej daripada picturespider.com dan topbot.org

Seperti yang ditulis dalam artikel kitorang sebelum ini, kandungan gelatin khinzir dalam vaksin menjadi punca kenapa ramai ibu bapa di Malaysia taknak bagi vaksin kat anak-anak diorang. Gelatin khinzir digunakan sebagai penstabil dan virus dibesarkan pada sel binatang macam tu je ia boleh hidup.

Kami ada jugak sebut yang pemimpin-pemimpin Islam memutuskan bahawa ianya tidak melanggar undang-undang pemakanan agama kerana ia disuntik bukannya dimakan. Kita sendiri pun ada fatwa yang membenarkan hal ini.

Walau apapun, Malaysia kini sedang bekerja dengan Arab Saudi untuk menghasilkan 3 vaksin halal – untuk meningitis, hepatitis dan juga meningokokal. Berita ini dah dilaporkan pada 2014, so vaksin dijangka akan siap dalam tahun depan.

7. Dating secara halal 

Sesi speed dating yang diadakan di KL. Imej daripada The National

Air ni manis tak? Lagi manis kalau kita halalkan perhubungan kita. Chiaa chiaa.. Imej daripada The National

Well anyway, sesi dating secara halal ni bukanlah benda yang baru sebenarnya. Tapi kalau korang jenis yang taktau ape mende speed dating ni, ia adalah satu acara mencari jodoh yang makin berkembang kat Malaysia ni sejak tahun 2015 lagi. Tujuannya adalah untuk membantu orang Islam kat Malaysia ni untuk cari jodoh secara halal – maknanya kalau nak join event ni, perempuan tu mesti ditemani oleh penjaga sampailah dorang kahwin.

“Saya datang sini nak cari seseorang untuk berkahwin sebab saya terlalu busy untuk keluar jumpa dengan sesiapa dan saya habiskan masa lapang saya dengan keluarga je.” – Siti Aisha, pereka grafik berusia 29 tahun, The National

Sama jugak macam speed dating biasa, dorang duduk bersembang, sampailah loceng bunyi, lepastu peserta lelaki akan bergerak ke meja yang lain untuk berjumpa dengan orang yang baru. Kalau koran nak try, boleh daftar kat sini, atau korang boleh check dekat Facebook diorang.

8. Air botol halal

Imej daripada Straits Times

Imej daripada Straits Times

Pada hujung tahun lepas, ada sebuah syarikat Malaysia dah lancarkan air mineral halal yang dipanggil Lumin Spring. Ianya diambil dari mata air semulajadi di Heavenly-Lake di Pergunungan Changbai, wilayah Jilin, China. Hah jangan main-main, ambik daripada pergunungan syorga gitu.

Tapi harga dia cannot go laaaa, antara RM6 dan RM6.50 sebotol. Mahal wey (walaupun masih murah sikit lah berbanding Evian ataupun San Pellegrino tu), sebab dikatakan proses untuk dapatkan air tu macam rumit gila

Korang boleh beli air ni secara online dekat website dorang, tapi kena daftar dulu.

9. Komedi Halal

Imej daripada tipsremaja1.blogspot.my

Jangan baca komik, gi baca mastika okayyy. Imej daripada tipsremaja1.blogspot.my

Komedi halal ni apa benda? Merujuk kepada garis panduan Jakim, komedi tak boleh kelakar sangat, supaya orang tak gelak terlampau. Sebab buat apa-apa pun kita tak boleh extreme kan. Lagipun, kita tak patut berlawak tentang perkara-perkara yang serius atau sedih.

Walaupun sewaktu di luar pentas, Jakim memutuskan bahawa pelawak kena ada ‘keperibadian yang mulia’ disertakan dengan ‘akhlak yang baik’, juga tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang sivil mahupun syariah. Akhir sekali, lelaki dengan perempuan tak boleh bercampur dengan khalayak penonton, baik di atas pentas mahupun di luar pentas.

“Kalau kita nak laksanakan garis panduan ni kita kena ada jenis meter ketawa. Bayangkan tetiba Polis Ketawa terpaksa tahan pelawak kerana dorang buat lawak yang berlebihan.” – Rizal Kamal, Ketua Eksekutif di LOL Events, Chortle

Jadi halal bukan je pasal makanan. Tapi ia adalah satu cara hidup

Imej daripada Aquila-style.com

Pilihan terletak pada iman awak semua. Imej daripada Aquila-style.com

Kereta halal, ketawa halal, dating halal… Iye, halal bukan je peraturan untuk apa yang orang Islam boleh makan atau tak boleh makan, tapi meliputi segala aspek kehidupan seharian. Senang cakap, cara hidup la.

Ni ha majalah Halal Lifestyle. Imej diambil daripada rsolutionsph.com

Ni ha majalah Halal Lifestyle. Imej diambil daripada rsolutionsph.com

Tapi dengan semua penjenamaan halal ni, pengguna pernah rasa tak macam kena tipu? Ye la asal letak cop halal boleh jual mahal gila. Contohnya air halal yang sebotol 6 ringgit. Ada blog ni bagitau yang air Zamzam pun lagi murah iaitu RM5. Cerdik betul marketing diorang ni kan?

Tang kereta halal Proton pulak, ramai orang Islam mengatakan Proton hanya menggunakan istilah ‘Islam’ sebagai alat pengiklanan. Cuba fikir, boleh ke syarikat ni memanipulasikan kepercayaan rakyat untuk tujuan bisnes?

Pandangan pengguna pula menunjukkan pendapat yang berbeza. Ramai pelanggan Muslim yang berpuas hati dan gembira dengan idea pengasingan troli di NSK, ditambah pulak ada pelanggan bukan Islam yang tak kisah. Tapi ada juga pendapat berbeza daripada orang Islam sendiri iaitu Isma, seorang pendakwah bebas, Muslim di Sabah, dan beberapa bukan Muslim.

Ada sorang pelanggan bagitau yang pasar raya patut peka gak dengan penganut Buddha dan Hindu yang tak makan daging lembu ni, so kena bagi diorang set troli yang lain. Kenalah adil terhadap semua, betul tak?

Tapi apa akan jadi kepada rakyat Malaysia kalau undang-undang ni betul-betul dilaksanakan? Adakah ianya akan merapatkan lagi perpaduan di kalangan kita? Atau memecahbelahkan kita? Tinjauan terhadap orang Islam Sabah mengatakan bahawa ia adalah melampau.

“Saya tak fikir sesiapa sahaja di Sabah akan menerimanya. Benda ni hanya akan memburukkan lagi apa-apa isu kaum atau agama di barat Malaysia.” – Nik Razi, 28, jurugambar, The Malay Mail Online

Anyway, bukan ke tingkah laku yang melampau ni sebahagian daripada yang tidak halal? Kalau memetik apa yang Jakim cakap je lah.

Sumber: soscili.my

Ramai Kalau Tengok Filem P Ramlee Tak Perasan 7 Benda Ini Tapi…-Lepas Je Baca Artikel Ini Pasti Anda Akan Cakap “Ye La, Baru Aku Perasan.

Ramai Kalau Tengok Filem P Ramlee Tak Perasan 7 Benda Ini Tapi…-Lepas Je Baca Artikel Ini Pasti Anda Akan Cakap “Ye La, Baru Aku Perasan.

Rasanya hampir setiap orang pernah menonton filem P Ramlee, filem yang banyak memberi pengajaran, nilai -nilai kemanusiaan, kritikan serta sindiran dan lawaknya masih segar di ingatan walaupun filem tersebut sudah agak lama penerbitannya.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara dalam filem P Ramlee yang merujuk kepada sindiran atau kritikan tajam yang diolah mengikut peredaran masa.

1. Filem Ali Baba Bujang Lapok – Dalam kisah Alli Baba Bujang Lapok, wewaktu orang kaya menyuruh ketua penyamun merpompak beliau, demikian adalah dialognya;

Orang Kaya: Aku Orang Kaya. AKu mahu minta tolong dengan engkau. Bolehka tidak engkau rompak aku punya rumah ?

Ketua Penyamun: Why ? Apa pasal engkau suruh aku rompak engkau punya rumah ?

Orang Kaya: sebab aku mahu lari dari bayar hutang

Kalau perasan orang kaya tersebut menyebut bayar hutang, tetapi dialog asalnya adalah “lari dari income tax”. Cuba tengok betul-betul gerak mulutnya. Begitu la orang kaya (Tak Semua). Sanggup bersengkokol dengan penjenayah untuk tak nak membayar cukai (untuk pembangunan Negara) atau membantu orang yang miskin asalkan tak perlu membayar cukai.

2. Filem Ali Baba Bujang Lapok – Scene di pasar raya (ada yang kena delete)

Penjual 1: Ganja, Ganja !

Penjual 2: Candu, Candu !

Marjina: Saya mahu beli belacan

Penjual 3: Shhhhhhh ! Jangan cakap kuat-kuat ! Nanti polis tangkap sama saya.

Marjina: Jual belacan pun polis tangkap ?

Penjual 3: Ya Cik Siti. Jual candu ada lesen, Jual ganja ada lesen, Jual belacan tak ada lesen. Saya smuggle dari Malaya

3. Filem Laksamana Do Re Mi – Part di mana puteri dah diselamatkan. Mi masuk ke dalam bilik tuan puteri:

Mi: Tuan Puteri, ada sabun tak ?

Tuan Puteri: Nak buat apa tengah-tengah malam sabun ?

Mi: er … err …. (tengok gerakan tangan dia. Hanya lelaki je faham ! hahaha)

4. Filem Musang Berjanggut – Scene Pusapawangi dan Tok Kadi

Pusawangi: Kanda, bolehkah adinda bertanya tentang undang-undang negeri di sini ?

Tok Kadi: Boleh apa salahnya. Undang-undang apa dinda ?

Pusawangi: Salah atau tidak jikalau seseorang lelaki masuk ke rumah seorang perempuan di kala suaminya tiada di rumah ?

Tok Kadi: Itu salah besar salah besar !

Pusawangi: Kalau macam tu, kanda ni pun salahlah

Tok Kadi: Salah juga la. Tapi itu tak jadi apa. Sebab undang-undang dalam negeri kanda yang bikin .. ITU SEMUA BOLEH PADAM …

Begitulah kritikan P Ramlee terhadap pentadbiran negara waktu itu. Undang-undang yang mereka tulis dan padam sesuka hati mengikut hawa nafsu mereka.

5. Filem Musang Berjanggut – P Ramlee merujuk anak-anak pembesar sebagai “betina” dan bukan “perempuan”. Pencarian isterinya bukan sekadar pangkat, kedudukan dan paras rupa, tetapi kebijaksanaan seorang wanita membawa dirinya. Kerana pemilihan isteri yang teliti menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan perkahwinan Tun Nila Utama.

6. Filem Nujum Pak Belalang – (Bila badan dan nyawa dijumpai dalam gua)

Pak Belalang: Hai la badan .. matilah kau badan. Esok pagi akan bercerailah badan dan nyawa. Hai la nyawa .. Esok pagi sultan akan menjatuhkan hukuman pancung

Ramai merujuk cerita ini kepada Barisan Nasional (Badan – B dan Nyawa – N). Tetapi sebenarnya tidak tepat. Ini kerana filem ini diterbitkan pada tahun 1959 sedangkan (masa itu BN dikenali sebagai parti perikatan atau Alliance Front) Barisan Nasional hanya ditubuhkan pada tahun 1969 dan didaftar pada 1974 secara rasmi.

7. Filem Pendekar Bujang Lapok – Ini banyak yang disebut oleh orang ramai apabila Sudin menyebut Alif, Mim, Nun, Wau (UMNO)

Ramli: Eh Sudin .. Ini apa bacanya ?

Sudin: Alif Mim Nun Wau .. Alif tendang Waw .. Sarkis daaaaa

Kisah ini benar dan disebut oleh Aziz dalam temuramah di youtube mengenai UMNO. Sememangnya, P Ramlee sengaja merujuk parti tersebut sebagai sarkis.

Banyak lagi yang boleh dikongsi, itu dalam penulisan lain. Ada yang kebetulan, ada juga yang sengaja dibuat. Tetapu, walau bagaimanapun setiap yang berlaku mungkin kebetulan atau sebaliknya. Walla’ualam

Sumber: nijamtv.com

Pemandu BMW Ini Hanya Bayar $1O Untuk Full Tank Dan Paksa Juruwang Tua Untuk Bayarkan Yang Selebihnya.

Pemandu BMW Ini Hanya Bayar $1O Untuk Full Tank Dan Paksa Juruwang Tua Untuk Bayarkan Yang Selebihnya.

Jika seseorang individu itu mampu memiliki kereta mewah, sudah tentu dia juga mempunyai wang yang banyak untuk dibelanjakan pada keretanya. Namun dalam kejadian baru-baru ini yang viral di media sosial, seorang pemandu kereta BMW, enggan membayar petrol yang telah dipam pada keretanya, lapor World of Buzz.

Dalam catatan Facebook yang dimuat naik oleh wanita warga Singapura, Kelly Yeo, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam dua petang di Caltex Tampines Avenue, pada 14 April lalu.

Ketika kejadian, Kelly terdengar perbalahan di antara pemandu BMW terbabit dengan kakitangan stesen tersebut.

Apabila juruwang meminta pemandu itu membayar S$135 (RM400) untuk minyak diisi penuh pada kereta BMW 5 Series, pemandu terbabit mendakwa dia hanya meminta kakitangan stesen itu mengisi S$10 (RM29), “Pump fuel ten”.

Bagaimanapun, kakitangan dianggarkan berusia 60 tahun yang melayani pemandu itu memaklumkan kepada juruwang berkenaan bahawa lelaki itu berkata “Pump full tank”.

“Dia jelaskan apa yang didengarinya pada masa itu, isi minyak penuh tetapi lelaki itu cepat-cepat menafikannya.

“Apa yang berlaku seterusnya membuatkan saya terkejut. Kakitangan itu enggan memperbesarkan kes itu dan akhirnya mengalah dan memaklumkan kepada juruwang untuk menerima saja bayaran S$10 (RM29) dari lelaki itu dan dia akan menanggung bakinya sebanyak RM370.

“Akhirnya, lelaki itu beredar dan hanya membayar S$10 sahaja untuk isian minyak penuh pada kenderaan mewahnya itu,” kata Kelly.

Kelly juga memuji tindakan profesional dua kakitangan berkenaan yang bersabar melayani karenah lelaki terbabit meskipun terpaksa menanggung kerugian yang banyak.

Katanya lagi, tiada salahnya sekiranya lelaki itu membayar saja amaun yang telah dikenakan kerana kenderaannya itu juga tetap akan diisi dengan petrol pada hari-hari mendatang.

Sementara itu, netizen terkejut dengan sikap pemandu BMW terbabit yang sanggup memperdayakan kakitangan berkenaan yang berpendapatan S$1,600 (lebih kurang RM4,700) sebulan untuk membayar petrolnya.

Caltex Singapura dalam satu kenyataannya menjelaskan, siasatan mendapati kakitangan terbabit tidak menanggung sebarang kerugian. Laman Mothership pula melaporkan ada seseorang individu telah datang untuk membayar baki tersebut, namun tidak didedahkan identitinya.

Caltex Singapura dalam satu kenyataannya menjelaskan, siasatan mendapati kakitangan terbabit tidak menanggung sebarang kerugian. Laman Mothership pula melaporkan ada seseorang individu telah datang untuk membayar baki tersebut, namun tidak didedahkan identitinya.

Walaupun begitu, tampil seorang netizen mendakwa lelaki itu kerap melakukan perbuatan itu dengan modus operandi yang sama semata-mata mahu mendapatkan petrol percuma.

Sumber: Siakapkelisa

Raja Bomoh Menjelma Kembali Dengan Kejutan Ingin Bertanding Di PRU14

Raja Bomoh Menjelma Kembali Dengan Kejutan Ingin Bertanding Di PRU14

Raja Bomoh atau nama sebenar Ibrahim Mat Zin dijangka akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, lapor Harian Metro.

Ibrahim yang pernah mendakwa pernah menampar buaya itu berkemungkinan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Teluk Intan dan DUN Manjoi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pembantunya, Ibrahim akan mengadakan sidang media pada jam dua petang esok di sebuah hotel di Ipoh bagi mengumumkan perkara berkenaan dan beliau sendiri akan hadir pada sidang media tersebut.

Kenyataan itu juga mewajibkan semua wartawan yang hadir pada sidang media itu perlu menunjukkan kad media bagi memastikan hanya wartawan sahaja yang dibenarkan berada di majlis itu.

Pada April 2017, Ibrahim mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina. Dia mengaku bahawa semua perbuatan ritual perbomohannya merupakan kesalahan dan menyalahi akidah Islam.

Mahkamah kemudian mengarahkan beliau berkelakuan baik selama enam bulan, berikutan faktor umur dan keadaan kesihatannya.

Selain melafazkan taubat di hadapan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ibrahim juga memohon maaf kepada semua umat Islam di atas perbuatannya selama ini yang didakwanya dilakukan mengikut arahan pihak tertentu yang enggan dinamakannya.

Mahkamah kemudian mengarahkan beliau berkelakuan baik selama enam bulan, berikutan faktor umur dan keadaan kesihatannya.

Selain melafazkan taubat di hadapan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ibrahim juga memohon maaf kepada semua umat Islam di atas perbuatannya selama ini yang didakwanya dilakukan mengikut arahan pihak tertentu yang enggan dinamakannya.

Sumber: Siakapkelisa

Seram!’Kak Yong, ingat tak apa jadi malam tadi?’

Seram!’Kak Yong, ingat tak apa jadi malam tadi?’

Salam admin. Saya rasa terpanggil nak cerita apa yang saya dan kawan-kawan saya alami lebih kurang 6 tahun lepas (16 tahun) di hostel, sewaktu kami belajar di Kolej Vokasional (di mana tu dirahsiakan, takut ada student baca takut pulak). Saya bahasakan diri saya sebagai ‘aku’ ya. Kalau tak faham tak perlu ambil cerita ni. Tapi harap admin faham jalan cerita saya.

Ceritanya macam ni, aku ni seorang pelajar sukan. Setiap petang lepas habis class, aku akan terus ke padang untuk training, kecuali pada hari Ahad. Sabtu kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada.

Nak dijadikan cerita, hari tu hari Sabtu dan aku ada training petang tu. Entah kenapa balik dari surau selepas solat isyak, aku terus tertidur di katil aku sendiri iaitu di bahagian atas dan dekat dengan locker (berhadapan dengan katil kawan-kawan aku). Dorm aku unic sebab dalam banyak-banyak katil double decker, ada seketul katil single tersesat kat dorm aku.

Tak lama selepas aku tidur, kawan-kawan aku yang lain pun tertidur, kecuali 3 serangkai ni Wyn, Kakyong dan Aty. Tiga serangkai ni je yang gabung katil dan tidur lambat.

Jadi hari tu rasa pelik, sebab jarang sekali aku keletihan macam tu walaupun setiap hari jadual pack dan sepanjang aku duduk di hostel, itu kali pertama aku dan kawan-kawan tidur di katil sendiri sebab selalu aku akan tidur dengan kawan-kawan aku. Kami akan gabungkan katil dan tidur beramai-ramai. Kecuali Wyn, Kakyong dan Aty (penghuni katil atas) dan penghuni katil bawah.

Katil diorang ni betul-betul berhadapan dengan katil aku. Diorang gabungkan tiga katil, dua double decker, satu single. Jadi penghuni katil bawah tu dah terlena, yang katil atas tu mereka tidur bertiga (semua badan kecik-kecik, jadi muatlah tidur bertiga kat katil atas tu)

Jadi, dalam pukul 9 memang aku dah lena tanpa hiraukan apa yang berlaku.  Disebabkan esok hari Ahad, kami ada gotong-royong pada waktu pagi. Jadi biasanya weekend ni kawan-kawan aku akan bergayut dengan parents atau pakwe diorang kat public phone sampai 1-2 pagi (masa tu kami junior, jadi takut nak bawak handphone).

Jadi, nak bergayut tu memerlukan duit syiling yang banyak, so Wyn, Kakyong dan Aty ni gigihlah berjalan ke blok lain untuk minta duit tukar. Masa tu pukul 12 malam, masa terbaik untuk diorang bergayut sebab senior biasanya tidur awal.

Wyn, Kakyong dan Aty ni yang terbaiknya mereka bertiga period, mereka dengan selamba redah dorm lain dan blok lain yang keras sebab belakang blok diorang tu ladang kelapa sawit. Blok kami je tak keras, bak kata senior paling selamat. Huhuhu. Jadi, diorang dah dapat duit syiling dan dah settle bergayut, diorang pun naik dorm dan berbaring di katil atas bertiga. Ingatkan nak tidur, rupanya sambung borak.

So dalam pukul 2 pagi, aku terdengar salah sorang dari mereka menjerit kecil, aku terjaga, pastu tidur balik (hahaha). Lepas jerit tu tak lama kemudian mereka bertiga pun tidur. Dalam pukul 3 pagi macam tu, aku terjaga lagi sekali, tapi bukan sebab menjerit kecil tetapi sebab menjerit bak orang histeria. Yang menjeritnya Kakyong, so aku terjaga terus duduk mengadap katil Wyn, Kakyong dan Aty ni.

Tetapi disebabkan aku tengah ‘loading’ time tu, aku mampu tengok je apa Kakyong buat. Dia jerit dan terus lompat ke katil bawah yang single tu (tapi bukan tu je yang aku nampak). Lepas lompat tu Kakyong back to normal tapi muka dia ketakutan bercampur blurr. Paling best aku seorang je yang nampak apa yang berlaku, yang lain terjaga lepas Kakyong lompat dari katil atas. Aku tak cakap apa, terus aku tidur dengan kawan aku kat katil bawah tanpa cerita apa yang aku nampak. Malam itu satu dorm tidur bukak lampu.

Esoknya, semua budak dorm takut nak dekat dengan Kakyong. Dan paling pelik, Kakyong dengan Wyn macam bergaduh, tiba-tiba je diorang macam jauhkan diri antara satu sama lain. So aku buat-buat berani dan aku tegurlah Kakyong.Aku tanya Kakyong, “Yong, kau ingat tak apa jadi malam tadi? Korang tidur bertiga kan?”

Terus Kakyong muka nak nangis sambil cerita dengan aku dalam ketakutan. Budak-budak dorm pun pasang telinga. Dia kata, malam tadi pukul 2 pagi (yang aku dengar ada jeritan kecil tu) diorang bertiga nampak ada benda hitam berlari atas locker. Dah cuak, diorang pun terus tidur.

Lepas tu dia jerit-jerit malam tadi sebab Wyn tiba-tiba mencekik dia dengan muka yang sangat-sangat marah. Lepas tu Aty mencelah, “Kita tidur bawahlah malam tadi lepas habis borak.”.

Lepastu aku pandang Wyn, Wyn betul-betul menafikan yang dia cekik Kakyong. Wyn kata, dia terjaga sebab Kakyong menjerit, tak sempat buat apa-apa terus kena cekik. No wonderlah diorang tiba-tiba macam menjauhkan diri. Dan aku tahu Wyn tak tipu. Jadi aku pun cerita secara detail.

Malam tu masa Kakyong terjerit-jerit macam orang gila tu, aku nampak Kakyong cekik diri dia sendiri. Selepas tu Wyn yang tidur sebelah Kakyong terjaga, terus Kakyong cekik Wyn.

Dalam masa yang sama aku nampak ada lembaga warna hitam bersama dengan diorang atas katil tu (aku ingatkan Aty). Lepas dia cekik Wyn, dia terus lompat dengan sangat tinggi untuk ke katil bawah. Muka Wyn, Kakyong dan Aty terkejut bercampur takut. Kakyong pun cakap, part dia lompat tu dia kata dia tak ingat. Sedar-sedar dah ada kat katil bawah.

Budak-budak dorm yang pasang telinga sekali tu pun terkejut dan cakap, mungkin disebabkan Wyn, Kakyong dan Aty tak suci atau tersalah ‘langgar’ ka

Lepastu aku pandang Wyn, Wyn betul-betul menafikan yang dia cekik Kakyong. Wyn kata, dia terjaga sebab Kakyong menjerit, tak sempat buat apa-apa terus kena cekik. No wonderlah diorang tiba-tiba macam menjauhkan diri. Dan aku tahu Wyn tak tipu. Jadi aku pun cerita secara detail.

Malam tu masa Kakyong terjerit-jerit macam orang gila tu, aku nampak Kakyong cekik diri dia sendiri. Selepas tu Wyn yang tidur sebelah Kakyong terjaga, terus Kakyong cekik Wyn.

Dalam masa yang sama aku nampak ada lembaga warna hitam bersama dengan diorang atas katil tu (aku ingatkan Aty). Lepas dia cekik Wyn, dia terus lompat dengan sangat tinggi untuk ke katil bawah. Muka Wyn, Kakyong dan Aty terkejut bercampur takut. Kakyong pun cakap, part dia lompat tu dia kata dia tak ingat. Sedar-sedar dah ada kat katil bawah.

Budak-budak dorm yang pasang telinga sekali tu pun terkejut dan cakap, mungkin disebabkan Wyn, Kakyong dan Aty tak suci atau tersalah ‘langgar’ kawasan semasa cari duit syiling dan ‘benda’ tu marah ikut mereka bertiga balik ke dorm? Wallahu’alam.

Jadi nak elakkan kejadian tu berlaku di dorm kami lagi, kami pun buat bacaan Yaasin niat nak sucikan balik dorm tu. Syukur takda siapa yang cedera. Wyn, Kakyong dan Aty pulak berminggu-minggu menjauhkan diri antara satu sama lain sebab takut perkara seakan itu terjadi lagi.

Sumber: siakapkelisa

”Kepada Yang Gemar Travel, Ini Ada Senarai 5 Hotel Di Asia Yang Paling Seram Dan Mungkin Boleh Buat Anda Tidak Tidur Malam”.

”Kepada Yang Gemar Travel, Ini Ada Senarai 5 Hotel Di Asia Yang Paling Seram Dan Mungkin Boleh Buat Anda Tidak Tidur Malam”.

Bagi yang inginkan percutian yang selesa, menikmati cuti sambil merehatkan fizikal dan mental, hotel menjadi salah satu perkara penting yang dititikberatkan. Kamar tidur yang kemas dan bersih dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, pasti rasa seronok kan untuk bercuti.

Namun, bila bercakap pasal hotel pasti anda biasa dengar tentang kisah-kisah hotel yang berhantu. Mendengar bunyi tapak kaki sedangkan tiada sesiapa, bunyi air mengalir, lampu yang tiba-tiba tertutup dan hidup sendiri, bahkan melihat kelibat seperti melintas. Mitos atau fakta?

Bagi sebahagian orang yang tidak percaya kepada perkara-perkara ‘mistik’ seperti itu, mereka tidak akan mengendahkannya. Tetapi ada juga yang mengambil langkah peringatan kerana bimbang berdepan dengan situasi tersebut. Siapa je yang tak takut kan?

Tapi sekiranya anda mahu travel di negara Asia, baca dulu perkongsian ini. Lima senarai hotel di Asia ini mendapat reputasi sebagai penginapan pelancongan yang menyeramkan. Kebanyakan kisah-kisah seram ini boleh diperolehi melalui Google.

Malah, percaya atau tidak, sebahagian cerita tersebut dikongsi oleh para pelancong menerusi laman maklum balas TripAdvisor. Walaupun begitu, kisah-kisah yang dikongsikan ini tidak disahkan oleh mana-mana pihak. Mana tahu anda teringin untuk cuba menginap?

1.HOTEL BAIYOKE SKY, BANGKOK THAILAND


(Gambar: Hotel Baiyoke Sky)

Terletak 88 tingkat di atas Pasar Pratunam (Pratunam Market), Bangkok, Hotel Baiyoke Sky adalah hotel tertinggi Thailand sehingga tahun 2012 dan ia adalah sebahagian daripada Menara II Baiyoke yang setinggi 304 meter.

Namun ia dibelenggu pengalaman menyeramkan sebahagian pelancong yang pernah menginap di sana. Menerusi laman maklum balas TripAdvisor, para pelancong berkongsi tentang bunyi-bunyian yang kedengaran dari tab mandi, bunyi tapak kaki, kad kunci bilik yang beralih tempat secara tiba-tiba dan juga tiupan angin sejuk.

Sebahagian daripada mereka mengaitkan insiden-insiden tersebut dengan kematian tiga pekerja pada bulan Mei 2012. Ketiga-tiga pekerja itu sedang memasang papan iklan pada bangunan apabila kabel yang menyokong gondola yang dinaiki mereka tiba-tiba putus, menyebabkan tiga daripada lima pekerja terjatuh dari ketinggian 67 tingkat dan meninggal dunia.

2. GRAND HYATT TAIPEI, TAIWAN

Gambar lama lobi Grand Hyatt Taipei. (Gambar: stuff.tv.com/CNA)

Setelah diubah suai beberapa tahun lalu, bangunan Grand Hyatt Taipei yang lebih moden itu tersergam indah. Ruang lobi dan bilik-biliknya yang cantik bertemakan Oriental layak menerima tetamu-tetamu terkenal, seperti Hugh Jackman, dan Nicholas Cage.

Namun, jika anda Google hotel lima bintang itu anda bukan dihidangkan dengan pengalaman bintang-bintang antarabangsa sebaliknya cerita-cerita menyeramkan. Ini termasuk tentang bunyi ‘orang’ berdengkur dan seorang pelancong yang tidak dapat tidur gara-gara mangkuk tandas yang ‘dipam’ berkali-kali sedangkan ia tidak rosak.

3. HOTEL MARROAD NARITA INTERNATIONAL, NARITA, JEPUN

(Gambar: Hotel Marroad Narita International)

Lokasinya yang dekat dengan Lapangan Terbang Narita menjadikan hotel ini pilihan popular dalam kalangan anak-anak kapal. Oleh itu, kebanyakan kisah seram hotel tersebut dikongsi oleh mereka.

Seorang individu berkongsi pengalaman rakannya yang merupakan bekas anak kapal. Sepanjang malam, beliau terjaga disebabkan bunyi air menitik dari paip di tingkat atas. Ia berselang-seli pula dengan bunyi kuat tapak kaki. Hanya pada pagi keesokan harinya, beliau menyedari tiada bilik lain di tingkat atas kerana biliknya berada di tingkat paling atas.

Menurut sebahagian orang, kisah-kisah menyeramkan itu disebabkan satu insiden ngeri yang berlaku pada tahun 1999. Salah seorang anggota kultus (cult) ‘Life Space’ dikatakan meletakkan mayat membusuk seorang lagi anggotanya di bilik 1272.

Malah beliau enggan menerima sebarang khidmat daripada kakitangan hotel bagi bilik tersebut dan enggan meninggalkan bilik itu walaupun sudah berkali-kali diminta oleh pihak pengurusan. Polis kemudian dihubungi pada bulan November dan mereka menjumpai mayat individu yang bernama Shinichi Kobayashi.

Menurut laporan berita, lelaki berusia 66 tahun itu tidak sedarkan diri disebabkan darah beku pada bahagian otaknya. Sekalipun begitu, anaknya enggan mendapatkan bantuan perubatan dan menyeludup Kobayashi keluar dari hotel untuk dibawa berjumpa guru kultus, Koji Takahashi, bagi mendapatkan rawatan. Lelaki tua itu kemudian meninggal dunia namun Takahashi meyakinkan pengikutnya bahawa Kobayashi masih hidup dan terus merawatnya.

4. HOTEL THE TAJ MAHAL PALACE, MUMBAI, INDIA


(Gambar: booking.com/CNA)

Hotel ini mempunyai latar belakang yang menarik. Pemiliknya Jamshedji Tata dilaporkan dilarang masuk ke dalam Hotel Watson kerana ia hanya untuk orang putih. Beliau begitu marah terhadap diskriminasi itu sehingga berikrar untuk membina sebuah hotel untuk Mumbai dan bakal menarik masyarakat dari pelbagai kaum.

Namun, berikut ini adalah bahagian sejarah yang tidak dapat dibuktikan sehingga hari ini.

Arkitek Hotel Watson, W.A. Chambers, melakar pelan lantai bagi Hotel Taj Mahal. Namun, yang sukar dipercayai adalah – apabila Chambers kembali ke India dari England, beliau mendapati hotel tersebut dibina bertentangan dengan apa yang sudah dilakarkan sebelum ini.

Sedang sebahagian sumber melaporkan beliau meninggal dunia di London, sebahagian yang lain menyatakan, kekecewaan yang dialami arkitek itu membuatkan beliau membunuh diri dengan melompat dari tingkat lima hotel. Sejak itu, desas-desus tentang kelibat Chambers berlegar-legar di sayap lama bangunan hotel menjadi popular.

Sekalipun begitu, kisah ini tidak disahkan oleh mana-mana pihak.

5. HOTEL PRESIDENT, MACAU, HONG KONG

(Gambar: macaulifestyle.com/CNA)

Jika tiba-tiba terhidu bau minyak wangi, mungkin anda patut meminta untuk menukar bilik. Seorang pelancong mengalami perkara itu setiap kali beliau memasuki bilik air walaupun beliau tidak membawa sebarang minyak wangi.

Keesokan harinya, menurut beliau, peralatan soleknya – yang sudah disusun di bilik mandi – berselerak.

Beliau kemudian mendapat tahu, satu insiden pembunuhan ngeri berlaku di bilik yang sama pada tahun 1997. Selepas mengadakan hubungan seks dengan dua orang pelacur, seorang lelaki membunuh mereka, mengerat-ngerat anggota badan mereka dan sebahagian daripadanya dicampak ke dalam mangkuk tandas dan dipam.

Satu lagi pengalaman yang dikongsi di laman TripAdvisor, seorang pelancong diberikan bilik 1009 pada pukul 2.00 pagi. Menurutnya, beliau ternampak seorang lelaki tua berkaca mata memasuki bilik itu dan kemudian hilang secara tiba-tiba, tanpa bunyi pintu dibuka dan ditutup.

Sumber: Siakapkeli.my

Subhanallah!! 5 Benda Di Bumi Yang Sebenarnya Berasal Dari Syurga Allah, No 2 Boleh Dijumpai Di Malaysia.

Subhanallah!! 5 Benda Di Bumi Yang Sebenarnya Berasal Dari Syurga Allah, No 2 Boleh Dijumpai Di Malaysia.

Syurga menjadi tempat terindah yang ingin dituju setiap manusia. Di dalamnya ada kenikmatan yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya. Manusia berlumba untuk boleh ditempatkan disana dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah.

Memang, syurga saat ini masih menjadi misteri Illahi.

Musim Gugur, Pegunungan, Kilau, Daun Musim Gugur

Namun Nabi Muhammad SAW menggambarkan bagaimana indahnya tempat ini. Ada istana yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya, bidadari yang cantiknya tiada tara, buah-buahan yang boleh dipetik bila-bila saja, sungai, serta batuan indah lainnya.…

Tapi tahukah anda bahawa ternyata ada benda-benda dari syurga yang keberadaannya sampai ke bumi kita? Salah satu diantaranya bahkan ditemukan di Indonesia dan Malaysia. Apa saja kelima benda tersebut? Berikut ulasannya.

1. Hajar Aswad

Hajar Aswad sangat dikenali bagi umat Islam. Batu hitam yang berada di salah satu sisi Kabbah ini dipercaya berasal dari syurga. Berdasarkan hadist, Hajar Aswad dibawa langsung oleh Malaikat Jibril dan diserahkan kepada Nabi Ismail AS dan Ibrahim AS sewaktu membangun Kabbah.

Dari Abdullah bin Amru berkata, “Malaikat Jibril telah membawa Hajar Aswad dari syurga lalu meletakkannya di tempat yang kamu lihat sekarang ini. Kamu tetap akan berada dalam kebaikan selama Hajar Aswad itu ada. Nikmatilah batu itu selama kamu masih mampu menikmatinya. Karena akan tiba saat di mana Jibril datang kembali untuk membawa batu tersebut ke tempat semula. (HR Al-Azraqy).

Rasulullah SAW bersabda “Hajar Aswad turun dari syurga, batu tersebut begitu putih, lebih putih dari pada susu. Dosa manusialah yang membuat batu tersebut menjadi hitam”. (H.R. Tirmidzi 877).

“Hajar aswad adalah batu dari syurga. Batu tersebut lebih putih dari salju. Dosa orang-orang musyriklah yang membuatnya menjadi hitam.” (HR. Ahmad 1: 307)

2. Kayu Gaharu

Kayu Gaharu juga dipercaya menjadi salah satu hal yang berasal dari syurga. Di Indonesia, Gaharu banyak ditemukan di merauke papuan, di borneo Kalimantan, Sulawesi dan di sebagaian Pulau Sumatra.

Kayu ini memecahkan rekod sebagai kayu termahal di dunia. Kayu gaharu yang mengandung gupal boleh berharga hingga puluhan ribu ringgit sekilo. Produk olahan dari kayu gaharu, berupa dupa, gelang, kalung dan tasbih gaharu.

Pohon dan kayu gaharu menjadi tenar dan mahal lantaran mengandung resin akan berbau harum dan banyak digunakan dalam industri kosmetik atau ubat-ubatan. Kayu gaharu menjadi salah satu komodi eksport di Indonesia.

Gaharu terhasil daripada tindak balas imun pokok daripada jangkitan penyakit dan kulat. Pokok yang cedera menyebabkan ia terdedah kepada jangkitan mikrob. Pokok yang dijangkiti tetapi berimun lemah menyebabkan penyakit terbentuk pada pokok seterusnya menyebabkan pembentukan gaharu daripada nutrien pokok.

Resin yang terhasil dari proses ini mengandungi bahan sari atau resapan berbau wangi. Resin itulah yang kita kenali sebagai gaharu.

Komoditi gaharu kini sangat terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan, di kalangan masyarakat Cina, ia dipanggil Chen Xiang, Jin-Ko di Jepun, dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab.

Kayu gaharu termasuk di dalam genus ‘Aquilaria’ merupakan antara khazanah tumbuh-tumbuhan di Malaysia yang mempunyai permintaan tinggi dari luar negara. Secara keseluruhan terdapat lapan jenis pokok gaharu di dunia tetapi di Malaysia hanya terdapat empat jenis iaitu Karas, Candan Gajah, Candan Gunung dan Cendana.

Gaharu sebagai tanaman mudah

Sesuai dengan statusnya sebagai pokok hutan, tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang melampau dan amat mudah untuk ditanam berdasarkan prinsip Empat T iaitu Tanam, Tinggal, Tengok-tengok dan Tuai.

Pokok ini hanya memerlukan pencahayaan sebanyak 45 hingga 75 peratus sahaja sehari serta boleh menyesuaikan dirinya dengan pelbagai jenis tanah.

Anak benih terbaik untuk penanaman berumur daripada empat bulan ke satu tahun kerana ianya mudah untuk diangkut serta pembentukan akar yang sedang berkembang untuk mencengkam tanah, mengelakkannya daripada mudah tumbang.

Penanamannya juga tidak memerlukan ladang terbuka. Ia lebih sesuai ditanam di dalam kongsi atau hutan asli untuk pembesaran yang lebih sempurna. Untuk penanaman secara intensif, 0.4 hektar tanah mampu menampung kira-kira 450 hingga 1, 000 batang pokok pada satu-satu masa.

Dari Abu Hurairah radliyalahu ‘anh, bahwa Rosulullah Shallallahu ‘alayhi wa Sallam bersabda : “Golongan penghuni surga yang pertama kali masuk surga adalah berbentuk rupa bulan pada malam bulan purnama, … (sampai ucapan beliau) …, nyala perdupaan mereka adalah gaharu, Imam Abul Yaman berkata, maksudnya adalah kayu gaharu. (HR. Imam Bukhori).

3. Batu Maqam Nabi Ibrahim

Batu ini terletak disisi Kabbah. Dahulunya menjadi pemijak Nabi Ibrahim ketika membangun Kabbah. Ketika nabi ibrahim perlu meletakkan batu-batuan dan tanah pada tempat yang tinggi dari ka’bah maka nabi hanya cukup berdiri diatas batu maqam tersebut, sehingga batu tersebut megangkat nabi ke atas, dan ketika selesai maka ia turun pula dengan sendirinya ke bawah hingga mendekati nabi ismail yang berada di bawah untuk mengambil batu-batuan bangunan.

Pada batu tersebut masih tampak bekas kedua telapak kaki Nabi ibrahim. Dahulunya batu ini memancarkan cahaya putih seperti Hajar aswad, namun allah telah memadamkan cahayanya karena seandainya cahaya tersebut masih ada, digabungkan dengan cahaya Batu Hajar Aswad maka akan menerangi seluruh bagian yang ada di antara ufuk timur dan ufuk barat.

Tentang Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim ini Rasulullah SAW bersabda, “Rukun (Hajar aswad) dan Maqam Ibrahim adalah dua batu akik yang diturunkan dari surga yang telah Allah redupkan sinarnya, kalau seandainya tidak demikian niscaya sinarnya akan menyinari seluruh penjuru dunia dari Timur sampai ke Barat”.…..

4. Daun Tin

Saat nabi Adam as memakan buah khuldi, maka seketika itu pula terlepaslah pakaian nabi adam tanpa sehelai benang pun di tubuh beliau, kemudian nabi adam pun mengambil dedaunan yang ada di surga untuk menutupi tubuhnya karena malu.

Namun dedaunan tersebut malah menjauh dari beliau, tapi ada satu dedaunan yang merasa sedih kepada nabi Adam yaitu daun-daun pohon Tin, karena daun Tin tidak sanggup melihat kondisi nabi adam pada saat itu. Inilah daun-daunan yang sangat berjasa bagi nabi Adam sehingga daun Tin ini Allah berikan kelebihan padanya berupa buah yang manis tanpa berbiji.

5. Cincin Nabi Sulaiman

Wahab bin Munabih mengatakan bahwa cincin Nabi Sulaiman dikenal dengan nama “Cincin taat Nabi Sulaiman” yang diciptakan Allah dari cahaya yang bersinar sangat terang yang cahayanya mengalahkan setiap cahaya berasal dari langit yang memiliki empat sisi diantara sisinya tertulis kata :

Pada sisi pertama tertulis “Laa ilaha ilallah Wahdahu laa syarikalahu Muhammadan abduhu wa rasuluhu” Artinya : Tidak ada Tuhan selain Allah tidak ada sekutu baginya, Muhammad adalah hamba dan rasulnya.

Pada sisi kedua tertulis “Allahumma malikal mulki tu’til mulka man tasya wa tanzi’ul mulka man tasya wa tu’izu man tasya wa tuzilu man tasya” Wahai Allah raja yang memiliki kerajaan, engkau berikan kekuasaan kepada yang engkau kehendaki dan engkau hinakan orang yang engkau kehendaki ”

Pada sisi ketiga tertulis “Kullu syai’in haalikun illallah” Artinya : Segala sesuatu akan musnah kecuali Allah. .

Dan pada sisi keempat tertulis “Tabarokta ilahiy laa syariika laka” Artinya : Maha suci engkau wahai Tuahanku yang tidak ada sekutu bagimu.

Cincin tersebut memiliki cahaya yang bersinar yang apabila dikenakan maka akan berkumpul para jin, manusia, burung, angin, setan dan awan.di mana angin sebagai kendaraannya, Manusia dan Jin sebagai bala tentaranya, burung sebagai pembantu dan teman bicaranya , binatang buas sebagai pekerjanya, dan para Malaikat sebagai utusannya.

Beliau pernah berdoa kepada Allah meminta kerajaan yang tidak pernah ada yang menyamai setelahnya. sebagaimana firman Allah Swt : “Ia (Sulaiman) berkata: “ Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugrahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi ” (Q.S Shaad : 35)

Wallahualam…..

Sharing is Caring

*gambar sekadar hiasan

Sumber foto : google

Sumber: mediabergetah

”Jarakkan 10 CM Peti Ais Dari Dinding” Antara 20 Tips Anda Boleh Ikut Jika Mahu Jimatkan Bil Elektrik Anda Secara Sah !!

Semalam kami ada kongsikan dengan pembaca kami mengenai satu kisah yang menimpa sebuah keluarga apabila terpaksa menjelaskan saman yang dikeluarkan oleh syarikat pembekal bekalan tenaga eletrik kerana di dakwa telah menggunakan alat penjimat tenaga elektrik yang tidak diiktiraf oleh pihaknya.

Melalui perkongsian itu, keluarga tersebut mengakui kesilapan mereka dan mendedahkan terpaksa membayar jumlah saman bernilai hampir RM 9000.

Jadi, betul ke kita tidak boleh mengambil langkah-langkah sendiri untuk menjimatkan elektrik? Kenapa pihak pembekal nak keluarkan saman kalau apa yang kita buat cuma untuk kurangkan penggunaan tenaga elektrik kan.

Sebenarnya, pihak pembekal tiada masalah jika tindakan penjimatan elektrik anda tidak mengganggu bacaan pada meter atau anda menggunakan alatan canggih yang sememangnya diciptakan untuk menjimatkan elektrik. Malah, Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku pembekal utama tenaga elektrik turut berkongsi 20 tips yang anda boleh amalkan agar bil elektrik anda berkurang.

1. Basuh Baju Dalam Jumlah Yang Banyak.

Ya, anda sebenarnya dapat menjimatkan tenaga elektrik jika anda mengumpulkan semua baju kotor di rumah anda dan dibasuh dalam sekali gus berbanding membasuh secara berasingan. Malah pihak TNB juga memberitahu bahawa mesin basuh adalah alatan elektrik yang banyak menggunakan tenaga.

2. Cuci Penapis Pendingin Udara.

Jika anda mempunyai pendingin udara di rumah, anda perlu meluangkan masa untuk mencuci penapis pada pendingin udara anda secara kerap kerana ia penting untuk penggunaan elektrik yang lebih efisien. Malah pendingin udara yang lebih efisien mengalirkan udara yang lebih sejuk.

3. Tutup Semua Pintu Dan Tingkap Bila Hidupkan Pendingin Udara.

Anda pun sedia maklum kan bila anda hidupkan semua pendingin udara, anda hendaklah memastikan semua pintu dan tingkap di rumah anda ditutup rapat terlebih dahulu. Ini bagi memastikan agar ruang rumah anda menjadi sejuk lebih cepat dan menggunakan sedikit tenaga.

4. Guna Lampu Jimat Tenaga.

Kini, pasaran menawarkan banyak pilihan lampu yang mempunyai pelnagai bentuk yang cantik-cantik. Namun jika anda seorang pengguna yang bijak, kami pasti anda akan memilih lampu yang menjimatkan tenaga berbanding perkara-perkara yang lain terlebih dahulu kan. Selain menggunakan tenaga elektrik yang kurang, lampu jimat tenaga juga boleh bertahan untuk tempoh masa lebih lama.

5. Gosok Baju Dalam Jumlah Pukal

Menggosok baju dalam jumlah yang banyak sekali gus sebenarnya lebih menjimatkan elektrik dan masa berbanding menggosok baju dalam jumlah sedikit secara berasingan.

6. Isi Cerek Elektrik Air Sampai Penuh

Adalah lebih bijak untuk anda jika anda mengisi penuh cerek elektrik anda sebelum dipanaskan dan kemudian menyimpan baki air yang tidak digunakan di dalam flask. Jadi, jika anda ingin menggunakan air panas, anda tidak perlu memanaskan air yang lain pula.

7. Guna Alat Elektrik Dengan Penarafan Lima Bintang.

Untuk menjimatkan elektrik, mulai hari ini anda bolehlah memilih peralatan elektrik dengan penarafan lima bintang kerana ia adalah peralatan yang menjimatkan penggunaan elektrik.

8. Jauhkan Peti Ais Anda Daripada Dinding.

Berikan ruang untuk peti ais anda bernafas. TNB menasihatkan anda untuk menjarakkan peti ais anda sekurangnya 10 cm daripada dinding. Selain itu, anda juga disarankan untuk mengelak daripada meletakkan peti ais di kawasan yang panas. Jadi, meletakkan peti ais anda di tempat yang sesuai dapat mejimatkan tenaga elektrik sebenarnya.

9. Tutup Komputer Anda Jika Tidak Digunakan

Memang jadi kebiasaannya untuk anda meletakkan komputer anda dalam mod sedia setiap kali anda tidak menggunakan laptop anda kan. Sebenarnya kalau anda nak tahu, setiap kali anda membiarkan komputer anda, ia sebenarnya masih menggunakan tenaga elektrik. Jadi anda hendaklah mematikan komputer anda setiap kali tidak digunakan berbanding meninggalkannya dalam mod sedia.

10. Gunakan Lampu Luar Rumah Yang Dilengkapi Pemasa.

Berbanding membiarkan lampu luar rumah anda hidup sepanjang masa, lebih baik anda menggunakan lampu yang dilengkapi pemasa supaya ia hanya hidup dalam masa-masa yang ditetapkan sahaja. Jadi, anda tidak perlu risau lagi jika anda terlupa untuk menghidup atau mematikan lampu tersebut.

11. Guna Lampu Fluoresen T5

Jika tadi kami kongsikan tips menggunakan lampu jimat tenaga, kali ini TNB juga turut menyarankan anda memilih lampu Fluoresen T5 kerana ia menawarkan pengcahayaan yang lebih dan mengurangkan penggunaan elektrik.

12. Tetapkan Pendingin Udara Anda Dengan Suhu Antara 23C-25C

Tidak dinafikan bahawa pendingin udara menggunakan tenaga elektrik yang sangat banyak. Jadi TNB menyarankan anda menetapkan suhu pendingin udara anda sekitar 23C hingga 25C sahaja kerana ia sudah mencukupi untuk menyejukkan udara malah ia menggunakan tenaga elektrik yang sedikit sahaja.


13. Tetapkan Pemasa Pada Pendingin Udara.

Memang seronok jika dapat tidur dalam suasana yang sejuk dan nyaman dengan menghidupkan pendingin udara kan, tapi tahukan anda tidak ada keperluan untuk membiarkan pendingin udara hidup sepanjang masa. Jadi apa kata anda tetapkan pemasa supaya ia boleh akan mati sendiri seteleh beberapa jam anda tidur. Ia lebih jimat.

14. Guna Lampu Yang Mempunyai Penderia

Berbanding membiarkan lampu anda hidup sepanjang masa, apa kata anda gunakan lampu yang mempunyai penderia dan hidup apabila mengesan pergerakkan sahaja.

15. Guna Water Pump Jimat Tenaga.

Jika anda mempunyai akuarium atau kolam hiasan, water pump yang digunakan untuk memastikan aliran air hidup sebenarnya menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Jadi anda disarankan menggunakan produk water pump yang menjimatkan elektrik.

16. Susun Bahan Yang Disimpan Di Dalam Peti Ais.

Bebanding menyumbat peti ais hingga padat, anda hendaklah menyusung barang-barang tersebut terlebih dahulu supaya peti ais anda mempunyai ruang-ruang yang terbuka untuk memastikan aliran udara dapat bergerak. Jadi, pengaliran udara yang baik di dalam peti ais sebenarnya dapat menjimatkan tenaga lektrik.

17. Pastikan Cerek Elektrik Anda Bersih.

Kerak-kerak yang wujud di bahagian dalam cerek elektrik sebenarnya melambatkan air daripada panas, sekaligus mengambil masa yang lama dan tenaga elektrik yang lebih untuk memanaskan air berbanding penggunaan biasa. Jadi, jangan malas cuci cerek elektrik anda.

18. Guna Pemanas Air Segera

Berbanding menggunakan pemanas air jenis tangki, apa kata anda beralih kepada pemanas air segera kerana ia hanya memanaskan air untuk anda bila anda gunakannya ia sahaja. Jadi, air tidak dipanaskan sepanjang masa dan elektrik dapat dijimatkan.

19. Basuh Baju Dengan Cucian Sejuk.

Jika anda memilih untuk membasuh baju dengan tetapan cucian panas pada mesin basuh anda, ia sebenarnya menggunakan lebih banyak tenaga elektrik. Jadi, jika anda boleh menggunakan tetapan cucian sejuk, ia dapat menjimatkan tenaga elektrik.

20. Pasang Pendingin Udara Yang Sesuai Dengan Saiz Ruang Rumah Anda.

Anda hendaklah memilih pendingin udara yang sesuai dengan saiz ruang di rumah anda kerana saiz amat penting supaya ia dapat berfungsi dengan efisien dan menjimatkan tenaga.

Sumber : siakapkeli.my