Pembantu Rumah di Rumah Mewah Ini Mati Secara Aneh! Pemilik Rumah Bergegas Melihat CCTV Dan Tak Disangka Menyaksikan “Sesuatu” yang Mengejutkan !!

Ada banyak orang kaya paling suka membelanjakan wangnya berinvestasi di real estate, membeli vila di setiap kota, agar praktis dan nyaman jika suatu hari nanti ingin pindah.

Namun, karena ini rumah atau vila-vila yang dibeli itu kemudian umumnya hanya untuk disewakan atau menjadi sarang nyamuk. Kemudian orang-orang kaya itu mengeluarkan wang lagi untuk membayar seorang pembantu sebagai housekeeping. Pekerja ini tinggal di dalamnya bertugas menjaga dan merawat rumah/vila mereka.

Pekerjaan seperti ini sebenarnya cukup umum di berbagai negara, dan banyak orang yang menganggap itu adalah pekerjaan yang seronok dan santai. Bahkan boleh tinggal secara percuma di vila mewah, digaji lagi, jadi mau cari dimana lagi pekerjaan yang begitu nyaman.

Namun, baru-baru ini di China, terjadi satu kes kematian aneh di rumah mewah tak berpenghuni dan seketika menggegarkan masyarakat setelah terbongkar melalui kamera CCTV.

Kematian tersebut terjadi di sebuah rumah mewah di Foshan, provinsi Guangdong, China.

Pemiliknya adalah sepasang suami isteri yang telah berimigrasi ke Amerika Serikat beberapa tahun yang lalu. Namun mereka merasa sayang menjual vila mewah yang memiliki panorama danau pribadi itu.

Jadi, pasangan kaya ini pun mengupah seorang pembantu sebagai housekeeping yang bertugas menjaga, merawat dan membersihkan vila.

Pemiliknya terkadang akan menelepon ke vila menanyakan tentang keadaan pembantu dan sebagainya. Namun, beberapa waktu lalu, sang pemilik vila menelepon berulang kali, tapi tidak ada yang mengangkat teleponnya.

Lalu mereka menyuruh anak perempuannya pulang ke vila itu untuk memeriksanya. Tak disangka begitu masuk ke dalam vila tersebut, ia melihat sesosok mayat yang mengambang di atas danau buatan di dalam vila.

Polis pun segera meluncur ke TKP, dan memastikan bahwa korban adalah asisten rumah tangga di vila itu !

Untuk mengklarifikasi kes kematian yang aneh itu, pemilik vila itu akhirnya pulang ke vilanya, kemudian mengambil monitor CCTV, dan melihat pemandangan yang mengejutkan.

Pembantu rumah itu berpakaian warna merah yang awalnya terlihat santai sedang menyapu dan memberi makan ikan di kolam itu.

Tiba-tiba entah kenapa jatuh ke dalam kolam, tampak jelas terlihat pembantu itu merontah-ronta di dalam air, dan beberapa menit kemudian, ia pun tewas tenggelam di dalam danau.

Menurut penuturan tetangga, kolam sedalam 2 meter itu digali oleh beberapa tukang yang disewa pemilik vila.

Jika tinggi badan lebih pendek, dan tidak bisa berenang, kemungkinan besar memang akan mati tenggelam.

Saat ini polis setempat sedang mendalami kes tersebut, kemungkinan pemilik vila harus harus bertanggung jawab secara perdata kepada keluarga korban.

Sumber : berneoviral.com

7 Jambatan paling Unik dan Kreatif !! No 5 paling win oii !!

Jambatan biasanya dibina untuk memudahkan manusia menuju ke suatu lokasi merentangi sungai, jalan dan lain-lain tanpa perlu melalui pusingan yang lebih jauh jaraknya. Kini, seiring dengan perkembangan teknologi dan pemodenan zaman, fungsi jambatan juga sudah berubah. Para arkitek bersaing untuk mewujudkan reka bentuk dan fungsi jambatan yang unik dan kreatif.

jambatan unik kreatif di seluruh dunia jambatan

Disebabkan rekaan yang luar biasa, jambatan-jambatan berikut juga telah menjadi daya tarikan pelancong untuk melihat sendiri binaan ini dengan lebih dekat. Kami kongsikan 7 jambatan aneh yang boleh anda lawati jika berkunjung ke negara-negara ini:

1. Moses Bridge, Belanda

jambatan unik kreatif di seluruh dunia jambatan membelah sungai inspirasi nabi musa 2
Diinspirasikan daripada kisah Nabi Musa yang mampu membelah lautan, kerajaan Belanda telah mencipta jambatan yang unik ini. Kebiasaannya jambatan berada di atas sungai, namun jambatan yang terletak di Halsteren ini berada selari dengan permukaan sungai. Anda pasti akan teruja melintasi jambatan yang ‘membelah’ sungai.

jambatan unik kreatif di seluruh dunia jambatan membelah sungai inspirasi nabi musa

Material yang digunakan untuk membina jambatan ini ialah kayu accoya iaitu sejenis kayu khusus yang kalis air dan disaluti kerajang. Anda tidak perlu risau sekiranya air di kiri dan kanan jambatan melimpah kerana terdapat pam khas yang dapat menyesuaikan ketinggian sungai. Jambatan ini menjadi destinasi kegemaran pelancong yang berkunjung ke kompleks Fort de Rouvere di Belanda.

2. Zhangjiajie Glass Bridge, China

jambatan kaca zhangjiajie

Jika anda sukakan adrenalin, anda harus pergi ke China untuk melihat jambatan ini! Anda boleh menguji keberanian dengan berjalan di atas jambatan kaca yang menghubungkan dua tebing ini. Disebabkan lantainya yang diperbuat menggunakan kaca, anda dapat melihat pemandangan menggayatkan di bawah kaki secara langsung.

jambatan unik kreatif di seluruh dunia jambatan kaca zhangjiangjie china

Mula dibuka sejak Ogos 2016, jambatan kaca di Zhangjiajie ini berjaya menarik ribuan pelancong ke sini. Dibina sepanjang 430 meter dengan lebar 6 meter dan berketinggian 300 meter dari permukaan tanah, jambatan yang dibangunkan oleh Haim Dotan iaitu seorang arkitek dari Israel ini boleh menampung sehingga 800 orang pada satu-satu masa.

3. Jambatan Akar, India

jambatan unik kreatif di seluruh dunia jambatan akar india

Siapa sangka, di sebuah perkampungan kecil bernama Cherrapunji yang terletak di India, terdapat sebuah jambatan yang menakjubkan. Ia terhasil daripada akar pokok Ficus elastica iaitu sejenis pokok getah.

Kadar hujan yang tinggi menyebabkan banyak aliran air terbentuk di kampung ini. Ini memberikan idea kepada penduduk tempatan untuk membina jambatan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Mereka kemudian menggunakan kaedah istimewa suku Khasi dalam pembinaan jambatan semula jadi ini. Walaupun terhasil daripada akar pokok, ia cukup kuat untuk menampung sehingga 50 orang di atasnya.

4. Mur Island Bridge, Austria

jambatan unik kreatif di seluruh dunia mur island austria 2

Jika jambatan itu biasanya digunakan semata-mata untuk menyeberangi jalan, lain pula kisahnya dengan jambatan yang membahagi Sungai Mur di Austria ini. Di tengah-tengah jambatan ini anda boleh menemui satu lokasi istimewa untuk berjemur, minum kopi, menonton teater terbuka dan juga membawa anak anda bermain di kawasan permainan khusus untuk kanak-kanak.

Jambatan unik yang direka oleh arkitek dari New York, Vito Acconci ini berjaya menjadi tarikan pelancong yang datang ke pulau Aiola di Austria.

5. Animal Bridge, Canada

jambatan unik kreatif di seluruh dunia banff taman negara jambatan haiwan liar

Kebiasaannya jambatan dibina untuk kegunaan manusia, namun jambatan yang terletak di Taman Negara Banff, Kanada ini dibina khusus untuk makhluk lain. Jambatan pejalan kaki yang dibina spesifik untuk binatang liar di taman negara tersebut bertujuan untuk mengurangkan risiko haiwan dilanggar kenderaan di atas jalan raya. Idea pembinaan jambatan seumpama ini bermula di Perancis pada tahun 1950-an. Kini, banyak negara telah menggunapakai idea yang sama untuk memelihara keselamatan haiwan di negara masing-masing.

6. Rolling Bridge, England

jambatan unik kreatif di seluruh dunia rolling bridge london

Tahukah anda terdapat sebuah jambatan di England yang boleh digulung seperti permaidani? Jambatan unik yang direka oleh arkitek British, Thomas Heatherwick ini mula dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2004. Jambatan gulung ini dibina merentasi Grand Union Canal, Paddington Basin di London.

Saiz jambatan ini tidaklah terlalu besar kerana ia hanya digunakan oleh pejalan kaki. Pada setiap tengah hari Rabu, Jumaat dan Sabtu, jambatan sepanjang 12 meter ini akan bergulung untuk memberi laluan kepada pengguna di situ.

7. Magdeburg Water Bridge, Jerman

jambatan magdeburg german

Selain jambatan istimewa di Kanada untuk haiwan liar, di Jerman pula ada jambatan khusus untuk bot dan pengangkutan air. Magdeburg Water Bridge (Kanalbrücke Magdeburg) adalah jambatan yang dibina untuk memudahkan kapal yang ingin menyeberang ke Sungai Elbe. Jika sebelum ini kesemua kapal perlu bergerak sejauh 12 kilometer, kini masa perjalanan dipendekkan dengan adanya jambatan ini.

akueduk jambatan unik kreatif di seluruh dunia magdeburg jerman

Pembinaan jambatan ini telah bermula seawal 1930-an lagi. Walau bagaimanapun, setelah tercetusnya Perang Dunia Kedua, pembangunan itu dihentikan sehinggalah tahun 1997. Akhirnya, akueduk yang menelan belanja €501 juta ini berjaya dibuka pada tahun 2003.

Sumber : aluminasi.com

4 Penjara paling Kejam dan Ganas di Dunia !!

Penjara bukanlah tempat untuk bersuka ria, sudah pastinya ia menyeksakan jiwa dan fizikal. Namun, walaupun banduan adalah pelaku jenaya, namun kebanyakan penjara memberikan layanan berperikemanusian kepada mereka.

Walaupun begitu, terdapat sebilangan kecil penjara yang melayan banduan lebih teruk daripada binatang.

iluminasi.com kongsikan 4 penjara paling ganas dan kejam di dunia.

4 . Penjara Newgate

penjara newgate penjara paling kejam dan ganas di dunia
London merupakan lokasi kepada beberapa penjara ganas yang terkenal, antaranya adalah Penjara Newgate. Ia tersangat ganas sehinggakan pada satu masa orang yang melalui penjara ini dapat menghidu bau busuk akibat kesengsaraan dari penjara ini.

Pada tahun 1750, 11 individu ditugaskan untuk membasuh dinding penjara ini dan 7 daripada mereka telah dijangkiti penyakit ketika bekerja di penjara itu.

Namun, dalaman penjara ini lebih menyeramkan. Penjara ini dibina khas untuk penjenayah paling berbahaya di London, termasuklah pembunuh bersiri, pembunuh upahan dan perompak.

penjara newgate penjara paling kejam dan ganas di dunia 2

Ramai di antara mereka yang ditahan di sini sehingga dihukum mati membuatkan penduduk tempatan menggelarkan ia sebagai pintu ke neraka.

Lantai penjara ini juga dipenuhi dengan pepjiat dan lipas sehinggakan pelawat terpijak serangga-serangga ini.

Penjara Newgate juga merupakan tempat yang penuh dengan kekejaman dan korupsi membuatkan banduan mati lebih awal daripada perbicaraan. Pengawal-pengawal di sini terkenal dengan mendera dan memukul banduan, melainkan jika ahli keluarga membayar wang perlindungan.

3. Bastille

bastille penjara paling kejam dan ganas di dunia

Disebabkan Penjara Bastille terlalu kejam, ia membuatkan Perancis mempunyai cuti umum untuk meraikan kemusnahan “penjara” ini. Bastille merupakan kubu yang menjaga pintu-pintu kota Paris.

Namun, ia diubah menjadi penjara dan hanya sebilangan kecil sahaja yang ditahan di sini. Ia dianggap sebagai lokasi pengasingan dan penyeksaan bagi penduduk tempatan.

Sel-sel di sini sangat kecil dan gelap, dan banduan-banduan akan dihantar turun ke dalamnya menggunakan tali iaitu satu-satunya jalan masuk ke penjara ini.

bastille penjara paling kejam dan ganas di dunia 2

Keluarga-keluarga bangsawan menggunakan penjara ini untuk secara rahsia memasukkan musuh-musuh mereka ke dalam penjara ini dan tidak dibebaskan sampai bila-bila.

Terdapat desas-desus mengatakan ada penduduk tempatan yang hilang pada waktu malam dan ditahan secara senyap di penjara ini.

Malah, lelaki yang memakai topeng besi itu bukanlah watak fiksyen, tetapi benar. Dia dipenjarakan selama 34 tahun dan identitinya disembunyikan menggunakan topeng besi.

Identitinya tidak diketahui namun ramai yang tahu dia dipenjarakan di Bastille.

2. Pelabuhan Macquarie

pelabuhan macquarie penjara paling kejam dan ganas di dunia 3

Empayar Inggeris menggunakan jajahan koloni dengan sebaik-baiknya. Ia merupakan perkampungan yang digunakan untuk membuang banduan dan memisahkan mereka daripada populasi awam.

Penjara ini terletak di kawasan terpencil biasanya di pulau-pulau atau wilayah koloni yang jauh. Secara realistiknya, kebanyakan daripada penjara-penjara ganas dalam sejarah adalah penjara seperti ini.

pelabuhan macquarie penjara paling kejam dan ganas di dunia

Mereka yang dihantar ke penjara ini diberikan kerja buruh yang berat yang mampu memperluaskan empayar mereka. Namun, kerja-kerja ini sebenarnya tidak termasuk dalam hukuman mereka.

Pelabuhan Macquarie yang terletak di Tasmania, Australia ini merupakan penjara yang sangat ditakuti oleh banduan yang dihantar ke luar negara. Ia merupakan penjara paling kejam di Tasmania.

pelabuhan macquarie penjara paling kejam dan ganas di dunia 4

Kem ini dibuka pada tahun 1822 dan selama 11 tahun, banduan dipenjarakan di sini dalam keadaan yang sangat kejam. Pulau ini terlalu sesak dengan banduan dan dianggap sebagai hina kerana banduan tidak diberikan makanan secukupnya.

Disebabkan terlalu sesak, banduan-banduan terpaksa tidur berdiri. Ia membuatkan seorang banduan menikam banduan lain sehingga mati dan berharap akan dihukum mati kerana lebih sanggup mati daripada tinggal di situ.

Ramai yang cuba untuk lari daripada penjara ini disebabkan hukuman sebat yang dahsyat serta kerja buruh yang sangat teruk.

pelabuhan macquarie penjara paling kejam dan ganas di dunia 2

Lelaki bernama Alexander Pearce pernah melarikan diri bersama 7 yang lain, namun berhadapan dengan masalah kelaparan.

7 yang lain sama ada menyerah diri atau mati, hingga meninggalkan Alexander keseorangan. Ada yang mengatakan Alexander membunuh yang lain dan memakan daging mereka, namun akhirnya dia ditangkap dan dihukum mati.

1. Penjara Urga

penjara urga penjara paling kejam dan ganas di dunia 2

Mongolia digambarkan seolah-olah memang tempat yang kejam dari dulu lagi. Bermula tahun 1920, dunia barat mendapat gambaran buat kali pertama mengenai kehidupan banduan di Mongolia.

Penjenayah yang melakukan kesalahan berat di Mongolia berhadapan dengan hukuman kurung dalam kotak kecil.

penjara urga penjara paling kejam dan ganas di dunia

Kotak tersebut tersangatlah kecil, seolah-olah saiz keranda dan diletakkan di dalam penjara bawah tanah. “Penjara” ini sangat mudah untuk dihasilkan. Selain daripada jarang diberi makan yang mana diberikan melalui lubang kecil, banduan biasanya diabaikan.

penjara urga penjara paling kejam dan ganas di dunia 3

Ramai yang mati akibat keletihan pada musim panas, dan mati kesejukan pada musim sejuk, tanpa sesiapa pun ambil peduli.

Walaubagaimanapun, amalan ini telah diharamkan pada tahun 1920.

Sumber : iluminasi.com

15 Perkara Gila yang bole terdapat di Dubai. No 6 tuh biar betul ?

Dubai memang kota paling glamour di dunia. Maklum sih, hanya orang-orang kaya yang mampu tinggal di sana. Otomatis, gaya hidup orang kaya yang kelewat kaya ini agak sulit untuk dipahami oleh orang awam. Banyak perilaku warga Dubai yang terlihat aneh karena saking kayanya mereka. Bagi kita mungkin sulit menerima, buat apa sih membangun gedung sampai tembus ke awan? Bukannya repot ya bersihinnya.

Nggak usah deh heran dengan banyaknya gedung pencakar langit di Dubai sana. Banyak hal yang lebih pantas untuk bikin dahi kita berkerut, sampai geleng-geleng nggak percaya. Nah, Hipwee Travel kali ini bakal kasih tau 15 hal yang unik dari Dubai yang bikin kita mikir, “ada-ada aja Dubai ini…”

Pertama, Jeep di Dubai ya begini, ukurannya King Size. Hehehe. Kaya gabungan 2 jeep ya. Gokil emang…


jeep double via brightside.me

Orang kaya males kena macet ya begini, minta diangkut pake helikopter. Orang kaya terserah, bebaaaasss….


biar nggak kena macet via brightside.me

Di tempat lain ATM ya buat ambil uang. Kalau di Dubai, ATM ya buat ambil emas. Saking kaya rayanya nih…


ATM Emas dong via brightside.me

Karena sekedar mobil mewah saja tidak cukup. Mobil berlapis emas dong baru bisa dibilang ngehits…


mobil emas via brightside.me

Mobil patroli polisi di Dubai pun nggak sembarangan. Kamu bisa temukan merk Bentley, Ferrary sampai Lamborghini lho. Mewah!


mobil polisi via brightside.me

Karena memelihara kucing sudah terlalu biasa. Tak aneh kalau banyak warga Dubai memelihara cheetah, harimau dan singa. Duh, ngeri bener…


pelihara chetah via brightside.me

Ini malah emak-emak ke warung ngobrol sambil bawa anak cheetah. Hehehe…


bawa cheetah via brightside.me

Bayangkan kalau pas lagi macet-macetan di jalan, ada sosok harimau tiba-tiba muncul di balik jendela?


ada harimau via brightside.me

Mimpi manusia untuk benar-benar terbang seperti superhero bisa diwujudkan di Dubai…


jetman di dubai via www.beritateknologi.com

Hiburan di Dubai begini nih. Jockey yang biasanya pakai kuda, eh ini pakai unta, dan yang naikin robot lagi…


pake robot loh via brightside.me

Buat kaum dhuafa dan pengangguran, silakan ambil makanan di sini aja. Gratis lho…


makanan gratis via brightside.me

Main tenis di atas gedung setinggi ini, ya cuma ada di Dubai. Jadi mikir, kalau bolanya jatuh gimana tuh?


tenisnya begini via brightside.me

Bagaimana kalau pemandangan di kamar hotelmu seperti ini? Seru banget ya…


ikan-ikannya lucu via brightside.me

Nggak cukup dengan mobil yang berlapis emas, makanan pun juga berlapis emas. Nggak tahu lagi deh perilaku orang kaya di Dubai


makanan berlapis emas via brightside.me

Terakhir, sukses dengan reklamasi berbentuk palm, Dubai membuat pulau buatan mewah berbentuk peta dunia. Glamour abis!


world archipelago via www.dailymail.co.uk

Jadi, mana yang menurutmu paling unik? Ya itu tadi, kelakuan orang kelewat kaya kadang terasa nggak masuk akal ya di pikiran orang awam. Tapi tetep, Dubai selalu menarik untuk dikunjungi.

Sumber : hipwee.com

CERITA TV MACAM MANA YA RAKYAT MALAYSIA SUKA TENGOK? 7 PERKARA MENGEJUTKAN DARIPADA SURVEY KAMI

CERITA TV MACAM MANA YA RAKYAT MALAYSIA SUKA TENGOK? 7 PERKARA MENGEJUTKAN DARIPADA SURVEY KAMI

 

Sekarang ni kalau nak tengok TV boleh main tunjuk je, berlambak-lambak pilihan untuk semua lapisan umur dan masyarakat — daripada drama Melayu, drama Korea, cerita superhero, filem pun ada. Yang ada anak-anak kecil tu pulak boleh bagi dorang tengok kartun.

Klik untuk tengok pilihan On Demand hanya di Astro.

Kawan kami kat Astro ada bagi macam-macam pilihan tak kiralah cerita jenis apa yang korang minat tengok kat On Demand. Korang boleh usha drama Indonesia Syurga Yang Tak Dirindukan 2, sekarang ni tengah hot! Peminat cerita Korea pulak boleh check out Strong Woman Dong Boon Soon.

Dan baru-baru ini kami kat SOSCILI dengan kerjasama Astro ada buat survey tentang tabiat rakyat Malaysia bila tengok TV, dan banyak penemuan yang buat kami ketawa terkekeh-kekeh. Antaranya ialah…

1. Ramai yang sanggup tahan lakonan yang kayu walaupun sangat annoying

Cuba taip “pelakon kayu” kat Google dan korang mungkin dapat…

Maaf kami tak berniat menyinggung perasan team #neelofattah, Google yang cakap. Tapi bila kami tanya orang ramai benda apa yang paling annoying dalam cerita TV, memang ini pilihan-pilihan yang tertinggi:

  1. Lakonan yang teruk (59%): Contohnya terlantar kat hospital tapi pakai bulu mata palsu
  2. Plot dan jalan cerita yang klise (56%): Contohnya basuh baju mesti jumpa kesan lipstik
  3. Skrip yang teruk (42%): Contohnya “Hello Dato’ macam mana dengan projek 8 juta kita tu?”

Pastu dapat hero dan heroin dapat tau yang dorang sebenarnya adik beradik (sound effect pinggan jatuh). Gambar dari FB Dilla Ismail.

Tapi yang menariknya bila kami tanya benda apa yang dorang sanggup tahan demi menonton drama faveret, jawapan paling tinggi adalah lakonan kayu pada 34%. #demiFattah

Benda annoying lain yang rakyat Malaysia tak suka adalah kena tunggu episod tiap minggu (31%). Ok la ada je yang prefer episod mingguan ni (sebab lagi excited, boleh sembang dengan member tiap-tiap minggu), tapi bagi yang tak sabar menunggu atau yang nak marathon bermusim-musim terus, bolehlah tengok Astro .

2. Sambil tengok TV pun ada yang tengok video dalam phone!

Ini caranya nak habiskan 10 musim Friends sekaligus.

Orang dulu-dulu pesan jangan menyanyi time tengah masak kalau tak nak dapat suami tua. Walaupun kami kat SOSCILI tidaklah menilai samada korang tua atau muda (miskin dan kaya, semua menyambut Hari Raya~~), tapi memang ada maknanya pepatah tu. Sebabnya kita ni boleh cepat leka bila buat banyak benda dalam satu masa.

Tapi oleh kerana itulah lumrah manusia, kami tanya top 3 benda-benda yang korang selalu buat sambil tengok cerita TV, dan ini tiga pilihan yang tertinggi:

  1. Scroll media sosial korang (82%)
  2. Main mesej (61%)
  3. Siapkan kerja (31%)

Gambar dari imgflip.com

Ok la benda-benda kat atas ni takdelah pelik sangat, tapi apa yang buat kami terkejut adalah ada orang yang tengok video lain sewaktu menonton TV (19%)! Tak juling ke mata tu?

Satu lagi jawapan yang tak terkejut sangat adalah ada orang tengok cerita sambil buang air besar (14%),mungkin tengok kat smartphone la kot. Inilah sebabnya korang tak usah la pegang je smartphone member, walaupun untuk hack Facebook sekalipun. Tak berbaloi.

3. Apa yang korang buat kalau time tengok TV dengan famili, keluar adegan geli-geleman?

Kecik-kecik dah pandai kapel, pelajaran entah ke mana. Gambar dari neatorama.com

Cerita yang kita tengok of course la bukan cerita tempatan je, tapi ada yang datang daripada Korea, Hollywood dan sebagainya. Cerita-cerita daripada luar ni ada sah-sah ada kemungkinan untuk babak-babak yang terlebih mesra. Kalau dorang tak menunjukkan aurat secara berlebihan (itupun selalunya akan kena blur/kena potong), mesti masih ada adegan bercumbu-cumbuan.

Jadi apa reaksi rakyat Malaysia bila adegan ni keluar? Kalau tengok sorang-sorang tu masing-masing punya tanggungjawablah, tapi macam mana ni bila babak ni keluar waktu tengok TV dengan famili? Daripada survey kami, 29% peratus tak ambik kisah pun, manakala 25% lagi pura-pura takde apa-apa yang berlaku.

Kami juga dapati yang orang berbahasa Melayu paling tak boleh tahan dengan adegan macam ni. Sebabnya hanya 24% daripada 766 orang berbahasa Melayu yang cakap dorang tak kisah, berbanding 37% daripada 459 orang yang berbahasa Inggeris.

Bagi yang kisah, ini muka masing-masing bila dengar mak nak masuk bilik.

Kalau korang jenis yang awkward, ini apa yang korang boleh buat mengikut survey ni:

  • 19% main dengan phone – jadi sediakan smartphone sepanjang masa
  • 18% tukar channel lain – pastikan remote sentiasa dekat dalam capaian
  • 4% pergi tandas – bagi alasan yang pundi kencing korang kecik

Tak pun sebelum tengok mana-mana filem atau cerita bersiri, korang boleh check site macam IMDB yang ada senaraikan babak-babak yang 18SX, baru rasa selamat sikit nak bagi anak-anak tengok cerita. Malah kat bahagian Parent’s Guide kat IMDB, dorang senaraikan sekali babak-babak yang terlalu ganas, yang ada alkohol/dadah/merokok, dan yang banyak mencarut.

4. Rakyat Malaysia paling suka tengok komedi, terutamanya orang Sabah!

Senyumlah dari hati, duniamu berseri.

Kami ada jugak tanya apa top 3 genre cerita yang dorang suka. Memang tak heranlah bila tempat pertama sampai ketiga adalah komedi (48%), aksi (45%) dan drama (28%)

Dan yang paling suka komedi adalah orang Sabah! Daripada 118 Sabahan yang jawab soalan ni, 67% pilih komedi. Cuba teka siapa yang berasal dari Sabah dan sangat femes? Hah soalan ni memang senang macam kacang sebab jawapannya adalah…

Abu Bakar Ellah! Gambar dari Photobucket.

Eh itu yang veteran, yang terbarunya pulak…

…tentulah Kumpulan Zero! Gambar dari Utusan.

Antara statistik lain yang menarik adalah:

  • Rakyat Malaysia paling kurang suka muzik dan sukan (kedua-duanya 4%)
  • Orang Kedah paling suka cerita aksi (64% daripada 121 orang)
  • Orang Kelantan paling suka cerita romantik (39% daripada 104 orang)

5. Makin ramai perempuan suka cerita pasal jenayah, makin ramai lelaki suka tengok animasi

Mula-mula sekali, biar kitorang nyatakan benda yang obvious. Lelaki suka tengok cerita aksi, dokumentari, perang dan sukan. Perempuan pulak suka tengok komedi, drama, kisah cintan-cintun, dan realiti TV.

Drama komedi romantik terbaru pasti meletop. Gambar dari Only in Malaysia.

Sekarang jom kita tengok benda yang tak berapa obvious pulak. Lebih banyak peratusan perempuan yang suka cerita jenayah (27%) berbanding lelaki (21%), sebaliknya lebih banyak peratusan lelaki yang suka animasi (26%) berbanding perempuan (20%)!

Siapa tak kenal penyiasat jenayah paling femes kan? Gambar dari Esquire.

Antara benda-benda lain yang kami jumpa:

  • Tak semua orang nak mengaku, tapi peratusan antara lelaki dan perempuan yang tengok cerita sambil melepaskan hajat di atas takhta adalah sama (14%)
  • Lebih ramai perempuan (17%) tengok cerita kat smartphone berbanding lelaki (12%)
  • Lebih ramai perempuan (20%) suka usha pelakon yang tampan jelita berbanding lelaki (12%)
  • Lebih ramai perempuan (>63%) rasa kekok bila ada adegan bercumbu-cumbuan depan famili berbanding lelaki (36%)
  • Lebih ramai lelaki (10%) sanggup korbankan masa dengan member demi cerita feveret dorang berbanding perempuan (7%); tapi lebih banyak peratusan perempuan (20%) sanggup korbankan masa bersenam berbanding lelaki (14%).

Tapi kalau korang memang jenis duduk atas kerusi tak pernah bersenam, itu bukanlah pengorbanan, tetapi tabiat namanya.

6. Kebanyakan orang yang tengok K-Drama adalah… yang cakap BM!

Eh silap Korea.

Budaya K-Pop, termasuklah cerita Korea memang meletop sekarang ni. Sebelum ni pun kami dah interview rakyat Malaysia yang suka tengok drama Korea, dan antara sebab-sebabnya adalah:

  • Nilai-nilai mereka yang lebih dekat kepada budaya Asia berbanding Hollywood.
  • Kebanyakan K-Drama ada satu musim je so senang nak tengok.
  • Ada banyak mini-series yang tamat selepas 2 hingga 24 episode je. Kan senang nak buat perancangan hidup kalau macam tu.

So antara rakyat Malaysia yang berbilang bahasa ni, rakyat yang berbahasa Malaysia lebih cenderung untuk tengok drama Korea (65% daripada 762 orang) berbanding yang berbahasa Inggeris (42% daripada 450 orang).

Memang orang yang berbahasa Melayu ni banyak minatnya. Sebelum zaman K-Drama ni pun kita ada peminat setia cerita dan lagu Hindustan walaupun tak faham sepatah pun apa yang dorang cakap, tak lupa jugak telenovela Mexico yang tak henti-henti zoom kat muka.

7. Orang kaya pun banyak tengok TV, tapi dengan cara yang sangat produktif

Kami buat perbandingan antara orang yang berpendapatan rendah (kurang RM3 ribu) dengan yang berpendapatan tinggi (lebih RM15 ribu). Orang yang cuma banyak pendapat tak dikira. Apa yang kami perasan adalah orang yang berpendapatan tinggi lagi efisien dengan masa dorang.

Bila habis tengok apa-apa rancangan bersiri, 69% daripada yang berpendapatan tinggi akan terus cari cerita lain, manakala 45% daripada yang berpendapatan rendah agak terkesan dengan cerita yang dorang dah tengok, dan cuba melihat dunia daripada sisi yang berbeza.

Tak pun korang duduk muhasabah diri bila sedar dah berapa jam yang korang dah habiskan. Gambar dari Tumblr.

Bila agaknya dorang tengok cerita? Kebanyakan orang biasanya tengok TV selepas kerja/kelas, hari minggu ataupun cuti panjang, tapi kami juga dapati 2% daripada orang yang berpendapatan rendah tengok TV waktu kelas/kerja, dan 7% waktu lunch. Uish time makan pun tak fokus.

Sebaliknya 19% daripada orang yang berpendapatan tinggi tengok TV sambil melepaskan hajat,dibandingkan dengan hanya 9% daripada yang berpendapatan rendah. Atau mungkinkah bila dah kaya sangat boleh install TV plasma dalam tandas?

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Gambar dari memecenter.com

Antara perbezaan lain yang kami jumpa:

  • 21% daripada orang yang berpendapatan tinggi lagi suka tengok dokumentari berbanding 9% daripada orang berpendapatan rendah
  • 19% daripada orang berpendapatan rendah lagi suka tengok cerita cintan-cintun berbanding 7% daripada orang berpendapatan tinggi

Malah, 88% orang yang berpendapatan tinggi tidur lebih 6 jam sehari berbanding hanya 51% daripada orang yang berpendapatan rendah.

Rakyat Malaysia memang suka rancangan TV dorang

Kami juga ada tanya tentang berapa banyak episod dorang tengok berturut-turut? Ini apa yang kami dapat: 34% tengok 1-2 episod, 36% tengok 3-4 episod, 11% tengok 5-6 episod. Tapi yang paling pulun sekali adalah 18% yang tengok lebih daripada 7 episod sekaligus! Mak aih tak muntah darah ke.

Kadang-kadang tu, TV yang tengok korang.

Apa yang pasti, memang boleh kata rakyat Malaysia ni memang suka tengok rancangan kegemaran masing-masing. Iyelah walaupun dengan pelbagai bentuk hiburan yang kita ada sekarang ni, menonton TV masih lagi aktiviti yang paling senang dibuat kalau nak berehat. Malah ia antara satu-satunya aktiviti hiburan yang korang boleh enjoy bersama keluarga atau kawan-kawan. Tengok berita pukul 8 pun boleh, janji erat silaturrahim.

Sumber : soscili.my

11 bentuk ATM yang unik diseluruh Dunia.. No 8 tuh terbaik laa !!

Kalau mendengar kata ATM pasti kamu akan selalu teringat dengan uang. Apalagi ketika akhir bulan pas saldo ATM makin tipis. Hehe. Ya persepsi ATM yang ada di pikiran kita kemungkinan besar sama. Ada bilik berbentuk kotak dengan material kaca kemudian di dalamnya ada mesin ATM yang berisi uang. Standarnya memang demikian.

Tapi jangan dulu berasumsi kalau semua ATM memang dibuat dengan bentuk dan corak yang sama. Di berbagai belahan dunia ternyata banyak lho ATM ang bentuknya unik dan bikin kita heran juga saking anehnya. Ya udah deh daripada penasaran yuk simak aja ya fotonya satu-satu. Cuss.

Kalau capek berdiri, nggak apa-apa ya kalau sambil duduk lesehan. Biar santai gitu, apalagi kalau sambil makan ayam penyet. Wah cocok nih lesehan…

 

ATM tertinggi di dunia, berada di deretan puncak-puncak gunung di Pakistan. ATM ini berada di gunung bersalju dengan ketinggian 15.397 kaki. Wow tinggi bener. Pendaki gunung bisa ke ATM deh sekarang

Kalau ini bukan ATM tertinggi tapi ketinggian. Susah ambil duitnya. Ngakak sih ini

 

Nggak semua ATM itu harus dibangun biliknya. Bisa portabel kayak begini juga…

Waduh, ATM-nya kok jadi manual banget begini?

 

Dubai dan Abu Dhabi sebagai kota glamour nan kaya levelnya beda dengan rakyat jelata seperti kita. Mereka punya ATM berisi emas! Orang kaya bebas lah ya…

atm emas via www.theboudoirtravels.com

 

Ini unik banget sih. Mesin ATMnya berada di sebuah box kontainer. Bukannya malah serem nggak sih?

kok serem malahan ya via semua-tentang-dunia.blogspot.co.id

 

Nomernya ketuker ya, jangan salah lho. Udah dikasih catatan juga di mesinnya. Hehehe


nomernya kebalik via semua-tentang-dunia.blogspot.co.id

 

Kalau yang ini unik banget, ATM berbentuk peti harta karun. Masuk akal sih kalau secara filosofis, lucu deh…


peti harta karun via semua-tentang-dunia.blogspot.co.id

 

Nggak tahu deh mereka mau ambil duit atau antri sembako di ATM. Heran banget deh…


ini antri sembako ya? via semua-tentang-dunia.blogspot.co.id

 

Seberapa berbahayakah ATM di tempat ini sehingga harus ada kawalan dari anjing super serem ini? Ngeri juga ya


dikawal anjing via www.boredpanda.com

 

Bisa pecahkan kode ini agar bisa mengambil uang kamu. Yakin deh pasti langsung cari ATM lainnya. Nggak laku deh ATM ini


sulit banget rumusnya via semua-tentang-dunia.blogspot.co.id

Nah, bersyukurlah kamu tinggal di Indonesia. Nggak ada ATM aneh-aneh macam begitu. Butuh duit ya pengennya cepat ya. Nggak ribet kaya ambil uang di ATM-ATM di atas. Hehehe.

Sumber : hipwee.com

Gambar 24 Makanan Paling Lazat Di Malaysia..No 20 Tu Kalau Tengok Gerenti Lapar Dah!!  

Gambar 24 Makanan Paling Lazat Di Malaysia..No 20 Tu Kalau Tengok Gerenti Lapar Dah!!

 

Ramai orang mengatakan bahawa salah satu perkara paling menarik menetap atau berkunjung ke Malaysia adalah juadah makanan tempatan. Ia bukan sahaja murah malah banyak pilihannya. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa jenis makanan yang boleh anda nikmati di Malaysia. Saya faham bahawa kebanyakkannya adalah makanan berdaging dan saya tidak pernah menggalakkan pemakanan daging. Tetapi kita juga boleh merasa makanan versi vegetarian tersebut yang mungkin lebih lazat dan sihat daripada versi asalnya. Sekiranya anda masih belum pernah mengunjungi Malaysia dan bercadang untuk berkunjung, makanan di sini pasti akan membuat anda kembali ke sini lagi.

24 juadah makanan yang menyelerakan ini jelas menyerlahkan kepelbagaian masakan tradisional Malaysia. Untuk rakan-rakan yang vegetarian seperti saya, jangan risau kerana banyak restoran di Malaysia turut menyajikan makanan di bawah berversi vegetarian.

Saya berharap anda semua dapat mencuci mata dengan melihat makanan yang disertakan dalam artikel ini. Sila berkongsi dengan saya pendapat atau pengalaman anda mengenai makanan Malaysia di ruangan komen di bawah.

1. Asam Laksa

Asam Laksa

Asam Laksa adalah mee berasa pedas yang disajikan dengan sup ikan. Ia merupakan salah satu juadah terkenal daripada kalangan kaum Baba dan Nyonya. Baba Nyonya adalah keturunan immigran Cina yang menggabungkan budaya Melayu dan mereka telah mencipta makanan ini yang mempunyai unsur Cina dan Melayu. Makanan ini sangat popular di Malaysia dan anda boleh menikmati makanan ini di mana mana sahaja, terutamanya di serata jalan di negeri Pulau Pinang, salah satu negeri di Malaysia.

Asam Laksa mempunyai campuran ramuan seperti ikan, timun yang dipotong halus, bawang, nanas, cili merah, daun salad, daun kesum dan bunga kantan. Ia dihidang dengan mee tebal berwarna putih dan kuah ikan yang dicampur dengan pes udang untuk manambah rasa. Sesetengah orang mungkin kurang selesa dengan pes ini kerana rasanya yang hanyir.

Asam Laksa versi vegetarian boleh didapati di Be Lohas di KLIA2, Water Lily Restaurant di Kuala Lumpur dan Veggie Planet di Melaka.

2. Rojak

Rojak

Rojak merupakan juadah salad tradisional yang mengandungi pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Biasanya ia dihidang bersama dengan banyak pes udang, walaupun ia mungkin tidak sesuai untuk sesetengah orang yang tidak tahan dengan rasa hanyirnya. Di Malaysia terdapat empat jenis rojak iaitu rojak buah, rojak Penang, rojak sotong kangkung dan rojak India.

Rojak buah biasanya mengandungi hirisan timun, nanas, sengkuang, tauge dan tauhu goreng. Kuah rojak pula diperbuat dengan belacan, air, gula, jus limau nipis, cili dan ditabur dengan kacang tanah yang dikisar.

Rojak Penang agak sama dengan rojak buah, kecuali ditambah dengan ramuan seperti jambu batu, jambu air, mangga dan sotong goreng. Kuah rojak ini pekat seakan karamel.

Rojak sotong kangkung merupakan satu makanan popular di seluruh Malaysia dan boleh didapati di banyak gerai makanan. Rojak ini mengandungi sotong, kangkung, timun, tauhu, kacang, cili dan sos.

Rojak India juga dikenali sebagai rojak mamak atau pasembor, disaji dengan kuah kacang pekat berasa manis pedas. Kandungan rojak ini termasuk kentang rebus, telur rebus, tauge dan timun. Terdapat juga rojak India yang mengandungi tauhu, cucur goreng, udang goreng ataupun sotong.

Rojak adalah juadah harian yang boleh didapati di restoran, kedai mamak, trak makanan malah di gerai tepi jalan sahaja.

3. Roti Canai

Roti Canai

Roti Canai adalah sejenis roti leper India yang boleh didapati di kebanyakan kedai mamak di Malaysia. Kedai mamak terkenal dengan makanan India dan dijayakan oleh imigran Tamil Muslim yang telah lama menetap di Malaysia. Roti Canai juga dikenali sebagai ‘roti terbang’ kerana proses lemparan dan pusingan sebelum dimasak. Selain itu, Roti Canai juga dikenali sebagai penkek India. Biasanya Roti Canai dihidang bersama dengan kuah kacang dhal, atau aneka jenis kari di kedai mamak seperti kari ikan, kari ayam, kari kambing dan sebagainya. Ia juga boleh dihidangkan dengan gula pasir yang sesuai kepada individu yang menggemari makanan manis.

Selain itu, terdapat banyak pilihan Roti Canai lain seperti Roti Telur, Roti Tisu yang nipis, roti bawang, roti telur bawang, roti pisang, roti planta yang sering dihidang dengan gula pasir, dan banyak lagi.

4. Nasi Lemak

Nasi Lemak

Nasi Lemak adalah juadah makanan Melayu, dimasak dari beras wangi bersama dengan santan kelapa dan daun pandan. Ia juga digelar sebagai juadah kebangsaan Malaysia dan sangat mudah didapati. Juadah ini juga sangat popular di negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Selatan Thailand.

Nasi lemak tradisional di Malaysia biasanya mengandungi ikan bilis goreng, sambal tumis, kacang dan telur rebus. Kebanyakan gerai nasi lemak juga menyajikan nasi lemak sambal kerang dengan telur goreng, sambal sotong, ayam goreng, rendang, sambal ikan dan banyak lagi. Jika anda seorang vegetarian, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak restoran seperti Simple Life di Kuala Lumpur dan Yummy Garden di Jalan Ujong, Melaka yang menyajikan nasi lemak vegetarian. Restoran ini menggantikan ikan bilis dengan ikan bilis vegetarian.

5. Chee Cheong Fun

Chee Cheong Fun

Chee Cheong Fun adalah sejenis makanan mee gelung. Ia merupakan makanan Kantonis dan berasal dari China selatan dan Hong Kong. Di Malaysia dan Singapura, Chee Cheong Fun biasanya dihidang dengan sos soya manis berwarna hitam. Chee Cheong Fun versi Pulau Pinang pula menggunakan pes udang, berwarna hitam, berasa manis dan pekat seperti karamel.

Di Ipoh, satu lagi daerah yang popular dengan makanan di Malaysia, Chee Cheong Fun biasanya dihidang dengan dua cara, kering atau bersos. Versi kering sering dihidangkan dengan bijian, sos soya, bawang goreng, minyak bawang, sos cili dan jeruk cili.Versi bersos pula dihidangkan dengan kuah kari dan cendawan.

Sesetengah lokasi mungkin mempunyai variasi cara penghidangannya. Anda dapat menikmati Chee Cheong Fun di mana-mana jua sekitar Malaysia.

6. Apam Balik

Apam Balik

Apam Balik, juga dikenali sebagai ban jian kuih (penkek yang diterbalikkan), adalah sejenis penkek yang leper dan sangat biasa dijumpai di kawasan Asia Tenggara. Ia dijual secara meluas di gerai penjaja di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Bahan utama Apam Balik adalah tepung, santan kelapa, air, gula, telur dan soda penaik. Inti tradisional untuk Apam Balik termasuklah kacang yang dikisar dengan gula, kelapa hiris dan jagung manis. Apam Balik telah diisytiharkan sebagai makanan warisan oleh Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia.

7. Mee Kari

Mee Kari

Mee Kari adalah juadah yang penuh berperisa dan makanan unik hasil daripada daripada sebatian makanan Cina dan India. Ia sangat mudah didapati di Malaysia dan Singapura. Ramuannya seperti mee kuning atau bihun dengan kuah kari yang pedas yang diadun sempurna dengan santan kelapa, pes cili, tauhu kering, udang, sotong, ayam, kerang dan daun pudina.

8. Mee Hokkien Penang

Penang Hokkien Mee

Mee Hokkien Penang boleh didapati di Malaysia dan Singapura. Juadah ini berasal dari daerah Fujian (Hokkien) di China yang terkenal dengan makanan mee ikan.Mee Hokkian tradisi dihidang dengan kuah pedas berasaskan udang, potongan ayam atau khinzir, sotong, udang, kek ikan, kangkung dan sambal.

Mee Hokkian merupakan juadah yang biasa didapati di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang. Kuahnya yang kaya berperisa membuatkan ramai suka makanan ini.

9. Satay

Satay

Satay adalah juadah daging yang diperap, kemudian dicucuk dan dibakar. Di Malaysia, Satay dihidang dengan kuah kacang yang diserikan dengan potongan bawang dan timun. Satay juga boleh dibuat daripada potongan daging ayam, daging kambing, daging lembu dan pelbagai lagi. Satay biasanya dibakar dengan api kayu arang.

Satay boleh didapati di medan selera di seluruh Malaysia, di gerai penjaja dan pasar malam. Kini dengan keperluan makanan vegetarian yang semakin tinggi, Satay juga boleh didapati di restoran vegetarian seperti Kechara Oasis dan Beyond Veggie oleh Secret Recipe.

Satay biasanya dimakan bersama dengan ketupat. Ketupat adalah nasi yang dibalut dengan daun kelapa dalam bentuk segi tiga. Ia merupakan makanan ruji bagi masyarakat tempatan dan dijamu sebagai penggantian kepada nasi biasa. Daun kelapa dibuka dan ketupat akan dipotong kecil apabila dihidangkan dengan satay.

10. Lok-Lok

Lok-lok

Lok-Lok adalah steamboat versi Cina, dimana makanan akan dicucuk dengan kayu kecil dan direndam ke dalam air mendidih atau sup panas sehingga masak. Kemudian ia boleh dinikmati dengan pelbagai pilihan sos. Biasanya ia dimakan dengan kuah kacang, sos cili atau sos manis untuk menambah rasa.

Lok-Lok boleh didapati di gerai penjaja, medan selera dan di mana mana kawasan ramai orang di bandaraya dan pekan Malaysia. Lok-Lok mengandungi pelbagai ramuan seperti kepah, kerang, sosej, bebola ikan, bebola daging, bebola sotong, udang, sayuran, daging vegetarian, cendawan dan aneka juadah yang telah dimasak seperti wantan dan tauhu goreng.

11. Kuey Teow Th’ng

Penang Kuey Teow Th’ng

Kuey Teow Th’ng (Kuet Teow Sup) adalah sejenis makanan tradisional masyarakat Cina, iaitu Kuey Teow yang dihidang dalam mangkuk dengan sup ayam atau sup itik. Ramuannya termasuk kek ikan, bebola ikan, hirisan daging ayam atau itik, potongan daun bawang, tauge dan disaji dengan sos cili. Kelazatan juadah tradisional Malaysia ini memang tidak terkata dan terdapat juga versi vegetarian makanan ini.

Jika anda berkunjung ke Malaysia untuk bercuti, anda mesti mencuba Kuey Teow Th’ngyang dikenali dengan kelazatannya di Pulau Pinang.

12. Char Kuew Teow

Char Kway Teow

Char Kuew Teow adalah juadah yang tersohor di dunia yang boleh didapati di Malaysia dan Singapura. Char Kuew Teow (mee leper) digoreng dengan kepanasan tinggi dengan sedikit kicap soya cair, kicap soya pekat, cili, sedikit pes udang, udang, kerang, tauge dan daun kucai. Char Kuew Teow biasanya digoreng bersama dengan telur, potongan sosej, kek ikan, tauge dan lain-lain ramuan. Asalnya Char Kuew Teow ini digoreng dengan lemak khinzir dan juga kruton rangup lemak khinzir. Char Kuew Teow dihidangkan di atas daun pisang di dalam pinggan untuk meningkatkan lagi aromanya. Versi vegetarian yang enak juga boleh dibuat kerana kebanyakan penjaja akan cuba memuaskan hati pelanggannya.

13. Mee Wanton

Wanton Noodles

Mee Wanton adalah satu juadah Kantonis yang berasal dari Guangzhou, China. Ia juga dihidangkan secara meluas di negara seperti Hong Kong, Singapura, Malaysia dan Thailand. Terdapat dua versi Mee Wanton yang biasa didapati. Versi yang pertama, mee dihidangkan dengan semangkuk sup ayam, dan versi yang kedua pula, mee dihidangkan dengan sos soya hitam. Juadah tambahan termasuklah daun sawi, wantan,  dan daun bawang. Mee Wantan boleh didapati di kebanyakan restoran dan medan selera di Malaysia.

14. Otak-Otak

Otak-otak

Otak-Otak adalah makanan yang berasal dari Indonesia, tetapi kami juga berpeluang untuk menjamu makanan ini di negara lain seperti Malaysia dan Singapura. Makanan ini digelar sebagai ‘kerana isinya bertekstur lembut dan lembik.

Otak-Otak biasanya dimakan bersama dengan nasi. Ramuan utamanya adalah ikan, rempah ratus dan daun kucai yang dibalut dalam daun pisang. Anda dapat menikmati makanan ini di restoran yang popular seperti Nyonya Colours dan Lorong Seratus Tahun. Versi vegetarian yang dibuat daripada daging vegetarian juga boleh didapati.

15. Bihun Goreng Ekonomi

Economic Fried Bee Hoon

Bihun Goreng Ekonomi adalah satu juadah yang ringkas di Malaysia dan Singapura, ia biasanya disaji sebagai sarapan. Ia sememangnya ekonomi dengan ramuan tambahan yang ringkas seperti kobis dan telor.

Bihun Goreng Ekonomi nampak ringkas tetapi sedap. Terdapat juga pelbagai juadah yang boleh dinikmati bersama Bihun Goreng Ekonomi seperti kari sayur, sambal kacang panjang, kek ikan, kobis dan telur goreng.

16. Mee Goreng Mamak

Mee Goreng Mamak

Mee Goreng mamak, satu lagi juadah yang ringkas dan enak, boleh didapati di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Juadah ini biasanya dimasak bersama dengan ikan, ayam atau udang, cili, sawi, kobis, tomato, telur, bawang merah dan bawang putih. Anda boleh manikmati juadah ini kedai mamak di serata Malaysia.

17. Nasi Ekonomi

Nasi Ekonomi

Nasi Ekonomi juga dikenali sebagai nasi campur dan boleh dinikmati di Malaysia, Singapura dan Thailand. Nasi Campur tidak merujuk kepada lauk-pauk yang khas dan boleh didapati di banyak gerai makanan. Anda boleh memilih mana-mana lauk dari 10 hingga 20 jenis lauk-lauk, bergantung kepada gerai makanan tersebut. Kebanyakan lauk-pauk Nasi Ekonomi merupakan makanan Cina. Nasi Ekonomi biasanya murah, sebab itu ia juga dinamakan sebagai Nasi Ekonomi.

18. Mee Hokkien KL

Mee Hokkien KL

Mee Hokkien KL adalah Mee unik berwarna hitam dari Kuala Lumpur yang digoreng dengan api arang kayu. Mee ini digoreng dengan lemak khinzir, bawang putih,  udang, sotong dan kobis. Stok perisa akan ditambah perlahan-lahan ketika proses menggoreng agar mee boleh menyerap perisa dengan perlahan, memberikan tekstur pekat kepada juadah ini. Kicap soya yang banyak juga akan diadun ke dalam juadah ini.

19. Nasi Kandar

Nasi Kandar

Nasi kandar adalah juadah utara popular berasal dari Pulau Pinang. Ia mengandungi nasi kukus wangi yang disiram dengan pelbagai jenis kari dan beberapa jenis lauk tambahan. Nasi Kandar juga boleh dijamu bersama ayam goreng, rendang, kambing, ikan goreng, udang goreng, sotong goreng, daging lembu dan pelbagai lagi. Menu vegetarian biasanya mengandungi terung, okra, ulam dan peria goreng. Kepelbagaian jenis kari dan lauk-pauk membuatkan Nasi Kandar begini kaya dan unik rasanya.

20. Nasi Dagang

Nasi Dagang

Nasi Dagang adalah makanan Malaysia dan Thailand Selatan. Ia dihidang dengan nasi lemak kukus yang dimasak dengan santan kelapa dan biji halba, memberikan aroma unik kepada nasinya. Lain-lain ramuan untuk dinikmati bersama nasi adalah kari ikan, telur rebus, jeruk sayuran dan ayam atau rendang daging. Makanan ini boleh dinikmati di sepanjang Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan juga Thailand Selatan.

21. Nasi Briyani

Nasi Briyani

Nasi Briyani adalah nasi campur India yang dimasak dengan beras basmathi diadun dengan pelbagai jenis rempah ratus, yogurt, daging dan sayuran. Ramuan dan rempah yang mungkin digunakan termasuklah buah pala, lada kering, bunga cengkih, minyak sapi, buah pelaga, daun bay, kayu manis, ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang putih.

Terdapat pelbagai jenis Nasi Briyani seperi briyani cendawan, briyani daging dan briyani sayuran. Kebanyakan juadah ini boleh didapati di restoran mamak atau restoran India di seluruh Malaysia.

22. Cendol

Cendol

Cendol adalah makanan pencuci mulut yang berasal dari Indonesia. Ramuannya termasuk santan kelapa, jeli hijau yang panjang yang diperbuat daripada tepung beras dan pewarna hijau yang diperbuat daripada daun pandan, ais batu yang dikisar dan gula melaka.

Cendol biasanya boleh didapati di seluruh Malaysia. Sekarang is juga dihidangkan dengan aneka perisa tambahan seperti kacang merah, cincau, biji jagung dan nasi pulut. Cara pemakanan baru cendol juga disajikan dengan isi durian dan nangka.

23. Ais Kacang

Ais Kacang

Ais Kacang adalah satu juadah pencuci mulut yang popular di Malaysia. Tradisionalnya, Ais Kacang dibuat daripada ais yang dikisar dan dicampur dengan kacang merah. Namun kini, ramuan Ais Kacang juga dihidang dengan pelbagai jenis bahan seperti buah-buahan yang mambuatkannya berwarna-warni.

Biasanya ia dihidangkan dengan biji sawit, kacang merah, jagung manis, cincau, agar-agar, kacang dan aiskrim. Tambahan terakhir yang melengkapkan juadah ini adalah susu pekat, susu sejat dan/atau santan kelapa yang dituang ke atas timbunan ais yang dikisar beserta dengan sedikit sirap ros. Terdapat pelbagai versi Ais Kacang yang boleh didapati di serata Malaysia, dan ada yang menggantikan santan kelapa dengan gula Melaka.

24. Durian

Durian

Durian merupakan buah-buahan yang sangat popular di Asia Tenggara. Durian yang begitu terkenal dengan bau unik dan kuatnya, dengan tekstur yang lembut juga digelar sebagai Raja Buah. Kulitnya tebal berduri, berwarna hijau dan tidak boleh dimakan. Bijinya dilitupi oleh isi kekuningan bertekstur kastard dan boleh dimakan.

Disebabkan oleh baunya yang kuat, Durian tidak dibenarkan untuk dihidangkan di restoran atau hotel tertentu. Ada yang menggemarinya, ada yang tidak menggemarinya, itulah Durian.

Sumber:  tsemrinpoche.com

Artikel Berkaitan: Gambar 24 Makanan Paling Lazat Di Malaysia..No 20 Tu Kalau Tengok Gerenti Lapar Dah!!

Khasiat Minum Kopi Yang Ramai Tidak Tahu

1. Hidup lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 – 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. Bersenam
Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik
Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5. Mencegah stroke
Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.

6. Kesihatan yang lebih baik
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksn yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.

7. Mencegah Penyakit Gout
The Nurses’ Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!

Sumber: cikguhailmi.com

16 Gambar Menguji Bahawa AndaTripofobia Ataupun Tidak..No 15 Tu Ramai Yang  Surrender!!

16 Gambar Menguji Bahawa AndaTripofobia Ataupun Tidak..No 15 Tu Ramai Yang  Surrender!!

Tripofobia merupakan satu fobia baru yang diperkenalkan meluas di internet pada tahun 2005. Fobia ini merupakan ketakutan kepada lubang lubang yang kecil.

Namun ada saintis yang berpendapat bahawa tripofobia bukan satu fobia namun cuma sekadar ekspresi manusia bila melihat benda pelik dan meloyakan.

Walaubagaimanapun, anda boleh menguji samaada anda mempunyai tripofobia ataupun tak

*Gambar gambar berikut menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pengguna internet,  anda ada pilihan untuk berhenti*

Ujian bermula!
Kita start yang senang dulu yer.

1.  Ini Honeycomb biasa jer

2. Madu sedap bro

>3.  Ini Biji Labu, kalau tak silap.

4. Bread bila kena zoom

Takda effect ke? Ok, kita bagi yang lagi power

5. Orang benjolan

6. Kulit terkupas

< 7. Ini bunga teratai
Masih takda efek? Ok, ini yang paling susah

8. Lubang kat tangan

9. Woah, tangan berlubang

10. Kaki banyak lubang

11.  Ufff, meremang skit

12.  Ini edit je ni, meremang tak?

13. Makeup artist buat tripofobia

14. Masih bertahan?

15. Meremang tak?

16. Ini paling last, anda boleh berhenti meneran sekarang

Adakah anda mempunyai tripofobia? jangan lupa komen kat page yer!

Sumber : mediabergetah